CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 22, 2009

Syurga Cinta ep 1

Cerita ini Suri dedikasikan untuk seorang teman tapi mesra Suri yang misteri..dia memang misteri….Jeng..jeng..jeng...Hidup Suri memang selalu diselubungi misteri...Hukhuk...Apalah nasib..Cerita ini merupakan adaptasi daripada cerita ”Full House” versi melayu..Suri memang suka sangat cerita Full House..Fighting!!!



”Kringgggggggggg!...”

Jam loceng berbunyi nyaring. Berulang-ulang sehingga memekakkan telinga. Aku mengambil bantal pelukku lalu membalingnya ke arah jam loceng yang asyik berbunyi tidak berhenti-henti selagi tidang di tutup. Bingit!

”Pap!” Jam loceng tersebut jatuh ke lantai.

“Berhenti pun!” Aku mengambil bantal di sisiku lalu ku tekupkan ke muka. Hajatnya mahu menyambung tidur.

“Kringggggggggggggggggggggggggggggggg…” Baru sahaja mahu melelapkan mata, jam loceng berbunyi lagi.

“Adus!! Kacau sungguh jam loceng ni. Nak tidur pun tak senang!” Aku duduk di atas katil. Mataku meliar di seluruh bilik. Bersepah sungguh! Aku mengambil telefon bimbitku di meja sebelah katil. Pukul 6.50! Alamak, tak sembahyang subuh lagi!

Cepat-cepat aku bangun dan terus berlalu ke bilik air. Kerana terlupa memasang lampu, aku terlanggar tin kosong yang tak tahu apa motif utama aku meletakkannya di situ. Aku menekan suis lampu. Mak aih! Bersepah tahap babun..Tin kosong, jag air plastik, baju-baju berlonggok, surat khabar lama bersepah-sepah. Kalah sarang tikus! Tak boleh jadi ni, siang ni kena kemas juga. Huhu...Pemalas betul aku ni. Itulah, hidup seorang diri ini membuatkan aku menjadi bertambah malas.

“Julita..Julita..Kau ni perempuan ke lelaki. Pemalas mengalahkan babun!” Aku mengomel sendirian.


*******

”Encik Raikal, bos panggil.” Aku mengangguk namun mataku masih tidak lepas dari nota lagu yang masih ku karang di tanganku. Aku meletakkan nota lagu tersebut ke dalam fail dan bangkit menuju ke bilik Encik Rafik.

”Yup! Ada apa-apa yang Kal boleh bantu?” Kataku apabila duduk di hadapannya.

”Ha Kal, Abang nak minta tolong sesuatu ni. Abang nak minta Kal tolong buatkan satu lagu untuk artis Abang. Boleh?” Aku menganggukkan kepala tanda faham.

”Siapa?” Aku bertanya.

”Ratna, artis baru yang tengah meningkat naik tu.” Aku menganggukkan kepala lagi.

”Ok, karang kalau lagu tu dah siap Kal call abang.” Giliran Encik Rafik yang ku panggil abang itu menganggukkan kepala. Aku mengeluarkan cd dari dalam beg sandang yang memang akan ku bawa ke hulu dan ke hilir setiap hari. Jika mendapat ilham, terus aku catatkan di dalam buku nota laguku yang memang tersedia ada di dalam beg tersebut.

“Cuba abang dengar lagu baru Kal.” Encik Rafik mengambil cd tersebut dan memasukkan ke cd player yang memang tersedia di sisinya. Terpejam-pejam matanya menikmati lagu baru yang ku gubah.

“Macam mana?” Aku bertanya setelah lagu tadi habis di putar.

“Tak tahulah apa abang nak cakap.. lagu-lagu ciptaan Kal memang marvellous!!Muahhh! Kalau lagu ni nak bagi kat Ratna pun, abang rasa mesti meletup-letup..Wallah!” Aku menggeleng-geleng.

”Kal dah janji nak bagi lagu ni pada Suria.”

”Ha, ok juga tu. Sesuai dah lagu tu dengan konsep dia.”

“Oklah abang, Kal nak pergi studio rakaman. Ada rakaman untuk artis MOS. Petang ni ada rakaman untuk artis BOW pula” Aku bersalam dengan Encik Rafik tanda mahu beransur pulang.

“Tulah Kal, abang suruh kerja dengan abang tak nak. Suka nak jadi komposer bebas.” Aku tersengih. Memang pun aku tidak suka terikat. Aku lebih suka bekerja secara bebas. Senang buat kerja, lagi pun bukan semua orang boleh ikut dengan cara kerja aku. Perfectionist!

”Abang macam tak faham perangai Kal, siapa tahan.” Encik Rafik menggeleng-gelengkan kepala.

”Yelah, abang tahu. Itulah alasan lapuk Kal tiap kali abang sentuh bab ni.” Aku tersengih lalu meminta diri untuk pulang.

*****

”Abang, macam mana ni..Ah long tu dah nak mengamuk sebab kita tak bayar hutang-hutang dia. Matilah kita bang, mana kita nak cekau cari duit bayar hutang.” Nazim menggaru kepalanya yang tidak gatal

“Abang tengah fikirlah ni. Adoi! Serabutnya kepala abang. Nina tak ada idea ke?” Nina di sebelahnya terdiam.

”Ada memanglah ada, tapi Nina rasa tak patut pula kita buat macam tu kat dia.” Nina bersuara.

”Apa dia?” Nazim menaikkan keningnya sebelah.

”Rumah Julita.” jawab Nina pendek. Mata Nazim nampak bersinar.

”Ha! Kenapa tak bagi tahu awal-awal. Taklah serabut kepala abang fikir dari tadi.”

”Tapi abang, Nina rasa tak patutlah. Kalau kita jual rumah dia nanti, dia nak duduk mana, lagipun abangkan tahu, dia tu anak yatim piatu..Dosa besar kita ambil harta anak yatim ni.” Nazim mengerutkan muka dia.

”Haah ek!” Aduss..Bodoh-bodoh alang betullah suami aku ni. Lurus bendul!

”Lagipun, diakan kawan baik kita. Takkan kita nak makan kawan sendiri. Betul tak?”

”Habis, kalau macam tu. Nak buat macam mana?”

“Entahlah abang, Nina pun dah tak ada idea lain.” Akhirnya kami berdua terdiam. Mengenangkan nasib kami yang seperti sudah jatuh di timpa tangga.

Tiba-tiba terdengar suara bising-bising di hadapan pagar. Nina memegang tangan Nazim.

“Abang, Nina takut!”

“Shh..jangan bersuara, nanti mereka tahu kita ada kat dalam ni.” Merangkak-rangkak kami pergi ke tingkap untuk mengintai keadaan di luar. Kelihatan sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan rumah. Kedua-duanya pucat. Nazim memberi isyarat supaya diam. Aku menganggukkan kepala. Kami tidak berani bergerak, duduklah kami berdua berpelukan di tepi tingkap. Bunyi bising tadi makin kuat. Semakin kuat Nina memeluk suaminya.

”Manalah celaka ni pergi, kalau aku dapatlah dua ekor tu. Aku cincang halus-halus. Pinjam pandai, bayar tak pandai. Kalau aku dapat bini dia tu, siaplah! Aku jual kat rumah pelacuran.”

Nina memandang suaminya dengan mimik muka seperti mahu menangis. Nazim meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta meninggalkan rumah. Nazim mengeluh lega.

”Abang, abang tak dengar ke, mereka kata mereka nak jual Nina ke rumah pelacuran. Macam mana ni abang?” Nina menangis teresak-esak.
”Nina..janganlah menangis, kita akan fikirkan caranya.” Semakin kuat pula Nina menangis apabila Nazim berkata begitu.

”Nina tak sanggup nak hidup macam ni..Macam mana kita nak hidup bahagia kalau hidup sentiasa ketakutan. Lagipun, tak lama lagi keluarga kita akan bertambah.”

”Keluarga kita nak bertambah? Apa maksud Nina?”

”Nina mengandung, baru sebulan lebih.” Muka Nazim berubah menjadi terkejut.

”Betul ke Nina?” Nazim bertanya lagi, tidak percaya dengan perkhabaran yang baru didengarinya tadi. Nina mengangguk perlahan.

“Yahuuuuuu…..”Nazim melonjak kegirangan, namun buat seketika dia terdiam.

“Kita tak boleh hidup macam ni selama-lamanya. Abang tak mahu anak kita hidup macam orang pelarian.” Nazim berjalan ke hulu dan ke hilir memikirkan sesuatu. Nina hanya memandang perlakuan suaminya yang seperti orang gila. Sekejap gembira, sekejap serius.

“Kita tak ada jalan lain, Julita je harapan kita.” Nina melongo..

0 comments: