CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, October 2, 2017

Percaya Padaku 3

Jurina memandang tempat duduk sebelahnya dengan perasaan jengkel. Sudah seminggu lelaki itu mengekorinya ke mana sahaja dia pergi tidak termasuk tandas. Kalau dia nak ikut juga aku masuk tandas, memang nak kenalah dia!
“Kau nikan! Rimas aku tengok. Tak boleh ke pergi jauh-jauh sikit!” Lelaki itu hanya tersenyum sinis tanpa memandang Jurina yang sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.
“Ada kereta depan tu, baik kau pandang depan. Kalau jadi apa-apa kat aku tak apa, tak ada effect.” Jurina mendengus namun matanya tetap dialihkan ke hadapan.
“Sampai bila kau nak ikut aku ke hulu ke hilir!”
“One fine day…”
“One fine day..One fine day!” Herot-herot mulut Jurina meniru ayat yang dituturkan lelaki itu. “Itu ajelah yang kau jawab bila aku soalan tu. Tak ada jawapan lain ke?” Lelaki itu hanya tersengih. Tiba-tiba telefon bimbit Jurina berbunyi. Jurina tersenyum gembira apabila melihat nama yang terpapar di skrin.
“Hello..” Sapa Jurina gembira.
“Ha? Oh…ok. Dah sampai nanti saya beritahu.”
“Ok, sayang awak juga…”Jurina meletakkan telefon di atas dashboard dengan sengihan sampai ke telinga.
“Sayang awak jugaaa…menyampah!” Lelaki itu pula mencebik.
“Sibuk! Boleh tak kau berambus dari pandangan aku sekarang. Aku ada hal.” Lelaki itu hanya mendiamkan diri.
“Pergilah sekarang. Kau tak dengar ke aku cakap aku ada hal!”
“Aku nak ikut boleh?” Jurina memegang kepalanya. Bengang apabila hantu disebelahnya itu tidak makan saman apabila dia menyuruhnya pergi.
“Aku nak minta tolong kau sekali ni je, tolong jangan kacau hari ini. Boleh?” Lelaki itu mencebik.
“Siapa mamat parang tumpul tu?” Lelaki itu menunjuk ke suatu arah. Jurina menoleh dan memandang ke tempat yang ditunjukkan tadi. Wajahnya berubah ceria.
“Omar, pakwe aku. Hensemkan?”
“Wekkkkkk! Hensem apa ke benda, muka macam gatal je!”
Shut up! Kau tak ada hak nak kata pakwe aku yang bukan-bukan! Kau tu cuma picisan je dalam hidup aku, so jangan nak menyibuk!” Jurina cepat-cepat keluar dari kereta.
“Ingat, aku tak nak tengok muka kau hari ni. Jangan nak rosakkkan mood aku!” Sempat Jurina memberi amaran padanya sebelum dia menutup pintu. Omar tersenyum menanti kehadiran Jurina.
“Mujur sayang datang, saya dah pening tengok assignment ni. Boleh tak sayang tolong tengokkan. Macam mana ye nak buat assignment ni?” Tanya Omar manja sambil menyerahkan sebuah fail. Jurina menyambutnya dengan senyuman di bibir. Teman lelakinya ini memang manja, semua tugasan-tugasan sentiasa dirujuk padanya.
“Senang je assignment ni, pejam mata pun boleh siap. Tak apa, saya tolong awak siapkan ye. Awak janganlah pening-pening.” Tersenyum Omar mendengar kata-kata Jurina. Tugasan selesai, kali ini juga dia tidak perlu pening-pening memikirkan cara untuk menyiapkan tugasannya. Kulinya sanggup menolongnya membuat semua tugasan. Perempuan memang bodoh. Berbekalkan wajah kacak dan mulut manis, senang sahaja mahu mereka membuat apa yang disuruhnya. Lagi-lagi perempuan di hadapannya ini, suruh apa saja semua settle.
“Ni sayang awak lebih ni. Jom pergi makan.” Mereka sampai di sebuah restoran. Hanya ada sebuah tempat sahaja yang kosong.
“Sana ada kosong, jom!” Jurina mengajak Omar ke situ. Namun langkahnya terhenti apabila mendapati lelaki ‘hantu’ itu sudah mendahului mereka. Malah dia siap melambai kepada Jurina supaya duduk di situ bersamanya.
“Kenapa?” Tanya Omar apabila melihat Jurina berhenti melangkah sambil memandang meja kosong itu dengan pandangan yang tajam.
“Kita cari tempat lainlah. Kat situ ‘semaklah’!” Omar mengerutkan dahi. Semak? Di mana semak yang dikatakannya? Tengok lapang je meja tu.
“Mana ada tempat lain sayang, semua penuh. Tu je yang tinggal.” Kerana terpaksa, Jurina terpaksa menurut. Dia duduk dihadapan lelaki itu. Omar pula duduk di sebelahnya. Omar mengangkat tangan dan memanggil pelayan untuk memesan makanan. Tanpa bertanya pada Jurina, dia memesan makanan sekali untuk mereka berdua.
“Awak tak kisahkan saya pesan untuk awak, saya teringin makan laksa, tapi teringin juga makan mee goreng. Jadi saya pilih dua-dua. Mee goreng untuk saya, laksa untuk awak. Tapi nanti kita tukar-tukarlah. Tak kisahkan?” Jurina memaksa dirinya untuk tersenyum. Mana tidaknya, makanan yang paling tidak disukainya adalah laksa, bagaimana dia mahu menelan makanan yang tidak disukai dihadapan orang yang disukainya. Nak tak nak, terpaksa dia menelan juga. Nanti dikatakan tidak menghargai apa yang telah dipesannya pula.
“Aku tengok muka kau pun aku tahu kau tak suka laksa. Dia ni batu apa tak perasan!” Lelaki itu berkata. Jurina hanya mampu menjeling sahaja dan mengetap gigi. Jika dia melawan dan bercakap dengan orang yang orang lain tidak nampak, nanti Omar mengecopnya gila pula.
“Kenapa aku tengok muka dia ni tapi aku langsung tak berkenan? Dia ni tak pernah solat ke? Muka tak ada seri langsung. Macam manalah kau boleh jatuh cinta pada jantan macam ni pun aku tak faham!” Jurina menarik nafas panjang, cuba menahan amarah yang mula menguasai diri. Dia memujuk dirinya supaya bersabar.
“Ok, makanan kita dah sampai. Ini untuk awak…” Omar meletakkan mangkuk laksa dihadapan Jurina. Lelaki dihadapannya tersengih sambil menongkat dagu.
“Makanlah.. Makan sampai habis.” Sengaja lelaki itu memprovokasi Jurina. Jurina mendengus kasar.
“Kenapa? Awak tak suka laksa ke? Tak suka, kita boleh pesan lain.” Baru sahaja Omar mahu mengangkat tangan, Jurina menghalang.
“Tak payah, saya sukaaa sangat makan laksa.” Kata Jurina sambil tersenyum paksa. Sempat Jurina menjeling pada lelaki itu lagi. Jurina mula menghirup kuah laksa itu dengan perlahan. Omar pula sedap menelan mee goreng basah di dalam pinggannya.
“Kata nak share, tapi aku tengok dah nak habis mee dalam pinggannya. Share apa!” Rungut lelaki itu lagi. Sebenarnya itu juga yang dirungutkan di dalam hatinya. Nampak sedap je mee basah yang sedang dimakan Omar itu. Terliur pula bila tengok. Sekejap sahaja mee tersebut habis. Langsung tidak ditinggalkan walaupun sehelai mee untuk Jurina. Jurina hanya mampu menelan air liur melihat Omar menelan mee-mee terakhirnya. Selepas habis, Omar memandangnya.
“Kenapa awak tak makan pun laksa awak. Mari sini saya tolong habiskan.” Mangkuk laksa sudah bertukar tempat. Slurp! Slurp! Laju Omar menelan laksa Jurina pula.
“Ini tak patut! Dua-dua sekali dibaham! Hoi, patut bertimbang rasalah sikit. Ada kau nampak awek kau makan. Ini membesarkan tembolok kau seorang je.” Lelaki itu memarahi Omar. Jurina hanya mampu menggigit  sudunya dan melihat Omar makan dengan lahapnya. Urggghhhh!!! Omar sendawa setelah habis makanan Jurina ditibainya.
“Sedap betul makanan kat sini. Lain kali kita datang sini lagi ye. Jom kita balik.” Omar meraba-raba poket seluarnya untuk mengambil dompet. Tiba-tiba wajahnya berubah.
“Sayang, Omar lupa nak bawa dompetlah! Sayang belanja boleh tak? Lain kali Omar belanja sayang ye..”
“Alasan!” Lelaki itu menempelak. Terpaksa Jurina bangun dan membayar harga makanan yang dimakan oleh Omar tadi.
“Terima kasih sayang… Oklah, Omar ada kelas kejap lagi. Lain kali kita jumpa ye.” Omar terus berlalu meninggalkannya setelah Jurina kembali dari kaunter. Jurina terduduk, dia menghirup lebihan airnya tadi dengan wajah sedih.
“Kau tak nampak ke dia mempergunakan kau!” Tanya lelaki itu.
“Boleh tak kau diam!” Jurina berkata perlahan sambil memerhatikan sekeliling. Takut ada orang perasan dia bercakap sendirian.
“Bodoh sangat ke kau ni sampai orang gunakan kau pun kau buat tak tahu je! Berhenti dari mimpi, dia bukan sayangkan kau. Dia cuma nak gunakan kau je. Dia gunakan kau untuk buat assignment dia. Dia anggap kau sebagai bank untuk belanja dia makan. Masa abang kau meninggal, ada dia ambil peduli, masa kau..” Jurina terus bangun dan memandang lelaki itu dengan pandangan mata yang tajam dan bernafas kencang tanda sedang menahan marah. Terus dia berlalu dan menuju ke keretanya. Keras dia menghempas pintu keretanya tanda dia sangat geram dan marah.
“Elok sangatlah tu hempas kereta kuat-kuat!” Jurina menoleh dan memandang wajah lelaki itu dengan pandangan yang tajam.
“Aku nak kau berambus dari hidup aku sekarang juga dan jangan sesekali muncul depan aku lagi.”
“Kalau aku tak nak?” Tanya lelaki itu menduga.
“Ok! Jangan menyesal!” Jurina terus memasukkan gear dan menuju ke satu tempat.
“Kau nak pergi mana ni?”
“Aku nak buat kau berambus dari hidup aku selama-lamanya!” Tegang wajah Jurina ketika itu membuatkan lelaki itu merasa kecut. Seriuskah perempuan ini??


0 comments: