CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, October 2, 2017

Percaya Padaku 5

Jurina meneguk air minuman di tangannya dengan rakus. Semalaman dia berfikir sama ada mahu menerimanya atau tidak. Akhirnya dia mengambil keputusan nekad. Lelaki itu boleh tinggal dengannya, namun bersyarat. Syarat-syaratnya ialah.. Jeng..jeng..jeng..
“Apa syaratnya?” Lelaki itu tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Hampir tersedak Jurina dibuatnya kerana dikejutkan begitu.
“Kau ni! Kalau tak kejutkan aku boleh tak! Masuk air dalam hidung aku ni tau!” Marah Jurina sambil mengesat hidungnya dengan lengan baju. Dia menjeling lelaki itu. Lelaki itu hanya tersengih.
“Cepatlah, apa syaratnya.”
“Syarat pertama, dilarang masuk ke dalam bilik tidur.” Lelaki itu berfikir sejenak. Jurina menyambung lagi.
“Syarat kedua, tidak dibenarkan mencampuri sebarang urusan peribadi aku.”
“Syarat ketiga, tidak dibenarkan mengusik barang-barang aku. Satu pun tak boleh usik! Faham!”
“Syarat keempat, pulangkan semua barang aku yang dah kau sorokkan tu.”
“Syarat kelima, dilarang sama sekali ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Lagi-lagi ke tandas. Kalau aku tahu kau skodeng aku dalam tandas, aku halau kau serta merta.”
“Syarat keenam, ha.. syarat ni aku nak kau dengar betul-betul!”
“Apa dia?” Lelaki itu bertanya.
“Dilarang sama sekali mengutuk Omar!” Pffftt..Lelaki itu tergelak.
“Kau nak ikut ke tak nak? Kalau tak boleh terima syarat-syarat aku, sila berambus dari rumah aku sekarang dan jangan balik-balik lagi sampai kiamat!”
“Ok..ok.. Aku terima semua syarat kau.” Ujar lagi itu bersetuju namun dia masih berusaha menahan gelak. Ada juga syarat tentang Omar, di saat-saat ini masih juga dia teringatkan budak keparat tu. Ceh!
“Tapi, takkan aku nak panggil kau woi, woi je kan? Kau tak ada nama ke?” Tanya Jurina pelik.
“Aku tak ingat nama aku sendiri.”
“Sikit pun tak tahu, habis tu takkan aku nak panggil kau lelaki misteri je?”
“Erm.. apa kata kau bagi aku nama.”
“Kau nak aku bagi nama? Betul ke ni? Tak menyesal?” Lelaki itu mengangguk. Berkerut-kerut dahi Jurina memikirkan nama yang sesuai untuk lelaki di hadapannya ini.
“Apa kata aku bagi nama kau Tom?”
“Tom? Mesti kau minat Tom Cruise kan, sebab tu kau bagi aku nama Tom, aku kan hensem macam Tom Cruise, kan?” Ujar lelaki itu bangga sambil menolak anak rambutnya ke belakang.
“Cett, Piraahh. Perasan lebih. Tom tu nama tikus putih aku yang dah mati dulu.”
“Tikus!! Woi, kau ingat aku ni apa nak bagi nama tikus kau!”
“Eloklah tu, dari aku bagi nama Jerry.” Jawab Jurina selamba.
“Kau ingat aku ni kartun ke nak bagi nama Tom & Jerry. Baik, kalau aku Tom, kau Jerry. Jerry, Jurina, Jerry, Jurina.. Memang padan! Baru puas hati aku.”
“Hei.. Kau ni kan.. kann… Eeeee geramnya aku!”
“Jerry, bwekk…” Ejek lelaki itu sebelum menghilangkan diri. Sempat lagi dia menjelirkan lidah pada Jurina. Hishh.. aku nak kenakan dia, dia kenakan aku balik. Geram betul!
*****
Sudah puas dia menyelongkar seluruh rumah namun dia masih tidak menjumpai album gambar dan kain pelikat abangnya, Jufri. “Tommmm!!” Jerit Jurina dengan agak kuat.
“Kenapa jerit-jerit ni, pekak telinga aku!” Tiba-tiba Tom sudah berada di sebelahnya.
“Mana album gambar aku? Aku nak tidur ni!” Sekelip mata Tom hilang dari pandangan mata.
“Tom!!!! Pulangkan album aku!!!” Jerit Jurina dengan kuat. Geram dia dengan tingkah Tom yang selalu menghilangkan diri apabila dia menyebut tentang albumnya. Baru mahu disentuh tentang syarat keempat yang patut dipatuhi jika dia masih mahu bersamanya, dia sudah menghilangkan diri. Pening kepalanya.
*****
”Tom, boleh tak kalau kau tak ikut aku sehari, aku shopping pun kau nak ikut ke?” Tanya Jurina dengan nada jengkel sambil tangannya mengambil botol kicap. Rimas hidupnya apabila diekori sepanjang hari. Tom tersengih mendengar kata-kata sindiran Jurina.
”Aku bosan duduk kat rumah. Kalau aku ikut kau boleh aku cuci-cuci mata.”
”Ceh! Nak cuci mata konon. Macamlah awek-awek tu semua dapat tengok kau.” Jurina mencebik. Matanya menyemak senarai kertas yang mahu dibelinya.
”Jerry, kenapa pilih kicap masin. Kenapa tak beli je kicap manis ni. Lagi sedap.” Jurina mengeluh.
”Kau kan, semua yang aku pilih semua tak kena. Semua nak ikut citarasa kau. Yang nak makan aku, bukan kau. Jangan menyibuk boleh tak. Macam ni sampai bila-bila aku tak siap shopping! Huh!” Marah Jurina dan terus berlalu dari situ.
”Aku cakap je, tu pun nak marah! Huh!”
”Yang ni nak pilih yang besar sikit ni ke yang kecil ye?” Tanya Jurina sambil menunjukkan botol minyak yang kecil dan sederhana. Tom memandang tempat lain sambil membuat muka. Hatinya masih terasa kerana dimarahi tadi.
”Tom, aku tanya ni!” Tom masih berdiam diri.
”Haishh.. sikit-sikit merajuk. Mengalahkan perempuan datang bulan! Yelah, aku tak marah kau lagi. Cepatlah, nak pilih yang besar ke kecil?” Tom tersenyum lebar mendengar kata-kata Jurina. Jari telunjuknya menunjukkan botol sederhana. Tanpa banyak soal, Jurina meletakkan botol tersebut ke dalam troli. Mereka bergerak lagi dan memilih beberapa barang dapur lagi.
”Kali ni kau jangan ikut aku lagi boleh tak.” Ujar Jurina.
”Kenapa, kau dah janji tak nak marah aku lagikan kalau ikut kau. Aku tak kira, aku nak ikut juga.”
”Erm.. aku bukan nak suruh kau berambus terus. Aku cuma nak kau pergi kejap je.”
”Tak nak! Aku nak ikut kau juga!” Tegas Tom. Jurina mengerutkan dahinya.
”Degil betullah orang tua ni. Ish! Suka hatilah.” Jurina terus masuk ke bahagian tuala wanita. Muka Tom berubah.
”Oh, cakaplah nak beli ’benda’ ni.” Jurina menjeling.
”Nak ikut sangatkan, ha.. Ikutlah!” Perli Jurina sambil menjelirkan lidah. Tom tidak jadi ikut masuk ke bahagian ini. Dia hanya menunggu di tepi sahaja sambil melihat orang lalu-lalang. Tiba-tiba matanya terpaku pada sepasang kekasih yang sedang memilih barang dengan berpegangan tangan. Mesra sekali.
”Rasanya semua barang kita dah dapat. Jomlah balik.” Tiba-tiba Jurina sudah berdiri di sebelahnya sambil memeriksa senarai yang di bawanya. Wajah Tom berubah. Dia tidak tahu sama ada mahu memberitahu Jurina atau tidak. Melihat wajah Tom yang seperti orang yang serba salah, membuatkan hati Jurina tertanya-tanya.
”Kenapa?” Tanya Jurina.
”Tak..tak ada apa-apa.” Tindakan Tom yang mencurigakan membuatkan dia mahu memandang ke tempat yang dipandang Tom tadi.
”Kita belum beli shampoo kan? Jom pergi bahagian shampoo.” Tom menghalang Jurina dari memandang tempat tadi. Jurina merasa musykil.Terus dia menoleh. Wajahnya ikut berubah. Omar dengan perempuan lain, sedang berpegangan tangan! Tom mengeluh.
”Kawan je kot tu. Kita kena bersangka baik.” Pujuk Tom. Jurina memandang Tom dengan mata berair. Tom menelan air liur. Ish, janganlah menangis kat sini. Jurina terus menolak trolinya pergi dari situ dan menuju ke kaunter bayaran. Setelah selesai membuat pembayaran, dia terus menuju ke kereta. Dia menghumbankan segala yang dibelinya tadi dan terus masuk ke dalam kereta. Dia hanya duduk di situ tanpa menghidupkan enjin kereta.
”Aku dah cakap dengan kau. Omar tu bukan baik sangat. Kau tak percaya.”
”Waaaaaaaa.....” Terus terhambur tangisan yang ditahan-tahannya tadi.
”Aku tengok muka dia sekali pun aku tahu dia tu playboy. Kau tu yang degil. Nak juga dia tu. Kalau nak ikutkan, aku lagi hensem dari dia tau. Bukan hensem mana pun dia tu.”
”Kau ni, nak redakan kesedihan aku ke nak tambah!” Jurina melenting apabila Tom memprovokasinya dan cuba menyalahkannya kerana berpasangan dengan Omar.
”Aku cuma cakap je..” Tom berkata perlahan. Takut menganggu emosi Jurina lagi.
”Yelah, aku tahu aku ni bodoh sebab percaya Omar tu nakkan aku. Aku tahulah aku ni memang tak layak untuk dia. Tapi.. tapi... Waaaaaaaa....” Tom menghulurkan tisu kotak yang memang ada dihadapannya. Jurina mengambilnya dan membuang mukus-mukus yang cuba keluar dari hidungnya apabila dia menangis. Tom membuat muka geli. Jurina yang melihat Tom membuat muka terus mencampakkan tisu itu ke mukanya.
”Aku tahu kau sedih, tapi aku nak beritahu juga. Omar tu memang langsung tak sesuai dengan kau. Kau pandai apa, dia tu satu hapak tak tahu. Tugasan pun semua kau yang buatkan. Dia memang cuba peralatkan kau je. Aku lama dah nampak. Kau je yang buta.”
”Diamlah kau, lagi menyakitkan hati ada. Pergi jauh-jauh sana. Aku nak cari ketenangan.”
”Ok..ok..aku diam aje kali ni. Kau layanlah duka lara kau tu dulu.”
”Bak sini tisu tu. Waaa.... aku dah kena main... Woooo...” Jurina merampas tisu yang kini ada di tangan Tom. Tom menekan punat radio.
’Jikalau orang tak suka tak apa,
Biarlah aku sendiri..”
Tiba-tiba lagu yang berkumandang di radio mendendangkan lagu yang betul-betul kena dengan situasinya sekarang.
”Lagu apa ni!!!” Waaaa...” Bertambah kuat tangisan Jurina membuatkan Tom kelam kabut mematikan semula radio yang dihidupkannya. Tom hanya berani duduk statik tanpa berbuat apa-apa. Hanya jarinya bergerak mengira detik. Lama lagi ke dia nak menangis ni, bosannya. Buka radio karang lagu sedih lagi keluar, kena marah lagi.
”Aku  nak balas dendam!” Tiba-tiba Jurina bersuara sambil mengetuk stereng membuatkan Tom terkejut beruk. Dia mengusap-usap dadanya.
”Kalau ye pun semangat, janganlah tiba-tiba macam ni. Gugur jantung aku tau!”
”Sejak bila kau ada jantung!”
”Ermm.. Silap cakap lagi.” Tom berdecit.
”Aku nak rosakkan model yang aku dah siapkan untuk dia hari tu. Biar padan dengan muka dia. Bersengkang mata aku siapkan, ini balasan dia pada aku!”
”Ya! Itulah semangat yang kita cari selama ini. Sila buat dan jangan tunggu lagi!”
”Yeah! Tapi... kita nak pergi mana?” Tanya Jurina kebodohan. Tom mengetuk kepala Jurina.
”Mana lagi, studio dioranglah. Mestilah dia letakkan model bangunan tu kat situ. Diakan suka menunjuk, mesti dia menunjuk-nunjuk kat semua member dia yang dia siapkan model tu. Apa lagi, kita pergi sana sekarang!” Tanpa membantah, Jurina hanya mengikut sahaja kata-kata Tom kerana otaknya tidak mampu untuk berfikir apa-apa pun sekarang.
”Showtime!!” Tom berdiri di sebelahnya dengan memegang sebatang kayu pemukul membuatkan Jurina terkejut. Mana pula dia dapat kayu ni.
”Mana kau dapat kayu ni, tiba-tiba je ada!” Tom hanya menunjukkan dengan bibirnya ke bawah tangga. Patutlah, kat situ ada stor kecil. Mesti dia memperolehinya di situ.
”Tapi, tak apa ke kita buat macam ni. Tak kena tangkap?” Tanya Jurina kerisauan. Selama dia hidup, dia tidak pernah lagi melakukan kesalahan. Orang yang tidak pernah buat jahat, bila mahu berbuat demikian, pasti merasa takut.
”Trust me! Tak akan jadi apa-apa punya kat kau. Nah..bolos saja semua itu!” Jerit Tom menaikkan semangat Jurina. Tanpa bertangguh, Jurina terus menghayunkan kayu tersebut ke arah model rumah yang dibinanya beberapa hari. Sekelip mata sahaja model itu hancur.
”Hah! Baru puas hati aku!”
”Yeayy! Ini lah wanita yang kita cari. Hidup Jerry! Hidup Jerry!”
”Hei, nama aku Jurinalah! Bukan Jerry! Suka-suka je ubah nama orang!”
”Pritttttttttttttt!!!” Bunyi wisel kedengaran dari jauh.
”Alamak, ada pak guard! Macam mana ni!” Jurina sudah menggelabah apabila ternampak lampu suluh sedang mara ke tempatnya.
”Apa lagi, lariiiiiiiiiiiiiiii!!” Tanpa memandang ke belakang, Jurina berlari sepantas kilat. Habis semua dirempuhnya. Tanpa membuang masa, dia terus menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu dari studio. Dari cermin pandang belakang, dia ternampak pak guard yang mengejarnya tadi masih mengejarnya. Jurina bernafas dengan termengah-mengah.
”Dia... dia...kejar lagi... ke?” Putus-putus pertanyaan Jurina kerana dia masih tidak boleh bernafas dengan betul.
”Ok dah, dia dah berhenti kejar kita.” Ujar Tom yang mengawal keadaan di belakang.
”Hah! Hah! Hah! Kita selamat ke? Hahhhhhh!” Jurina menjerit kegembiraan sambil cuba mengawal pernafasannya yang tidak teratur kerana berlari tadi. Jantungnya berdegup kencang.
”First time buat benda jahat, memang menakutkan! Tak sangka, sekali hayun je hancur semua. Padan muka dia! Menjawablah dengan lecturer! Hahahahaha” Tom ikut tergelak.
”Tu lah, kan puas hati kalau dapat balas dendam. Macam mana sekarang, dah lega sikit?” Tanya Tom. Jurina tersenyum.
”Dah... Terima kasih Tommmm....” Ucap Jurina dengan manja. Tom tersenyum, akhirnya dia dapat juga membuatkan Jurina tersenyum dengan girang setelah lama dia bersedih.
”Kau tahu..” Jurina bersuara. Tom menaikkan keningnya, ingin mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh Jurina.

”Aku rasa aku dah mula sukakan kau.” Tom tersenyum. Sungguh, dia juga begitu.

0 comments: