CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 24, 2009

Syurga Cinta 2

”Suprise!!!” Nazim dan Nina menjerit sebaik sahaja Julita membuka pintu. Julita yang baru bangun dari tidur terbeliak. Terkejut disergah begitu.

”Korang ni apa kes! Nak buat Julita mati ke, nasib baik Julita tak ada sakit jantung tahu.” Marah Julita.

”Ala...Rilekslah kawan. Teruk betul! Pukul 12 baru bangun. Anak dara apalah! Ni, kami ada berita baik ni nak beritahu.” Ujar Nazim sambil matanya meliar melihat sekeliling rumah. Memikir-mikir berapakah harga yang sesuai untuk di tawarkan kepada pembeli. Rumah peninggalan ibubapa Julita ini memang cantik, memang satu-satunya harta yang ditinggalkan untuk Julita sebelum mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 5 tahun lepas.

“Berita baik? Apa dia?” Bersinar-sinar mata Julita mendengar ada berita baik untuknya.

“Julita dapat hadiah percutian untuk ke Bali 3 hari 2 malam..Cayalah Julita, tahniah.” Nina memeluk Julita, berpura-pura gembira.

”Ha! Biar betul ni. Mana?” Melongo Julita.

”Betul, tak percaya? Ni ha buktinya.” Kata Nazim sambil menyerahkan sekeping sampul surat berisi hadiah tiket penerbangan ke Bali. Nina di sisinya mengangguk-angguk mengiakan. Mata Julita semakin bersinar-sinar melihat tiket tersebut.

“Yay!!!!!” Melompat-lompat Julita kegirangan. Seperti budak kecil baru mendapat ais krim.

“Tapi bila perginya ni?”

”Petang ni, itulah kami datang ni nak tolonglah Julita kemas-kemas barang.” Kata Nina.

”Ye ke, alamak..mana sempat nak kemas ni, Nina tolong Julita ok!” Nina mengangguk-angguk sambil memandang sinis pada Nazim. Nazim menganggukkan kepala. Di dalam kepala memang sudah tersedia agenda tersendiri. Mereka mahu mencari geran tanah untuk memudahkan penjualan rumah.

”Jom Nina.” Julita yang langsung tidak mengesyaki niat jahat Nazim dan Nina masih bersangka baik dan mengajak Nina ke bilik tidurnya.

”Ya Allah Julita, macam tongkang pecah dah bilik ni.” Julita tersengih.

“Ala..balik dari Bali nanti Julita kemaslah..Tak ada masa, sibuk buat novel.” Nina menggeleng-gelengkan kepala. Memanglah dia ni pemalas tahap cipan.

Sambil-sambil menolong Julita mengemas, matanya meliar ke sekeliling bilik untuk melihat tempat strategik yang memungkinkan Julita meletakkan geran tanahnya. Nina terpandang laci almari yang terbuka luas. Masih ada kunci, mungkin Julita terlupa untuk menyimpannya, ini peluang baik ni!

Perlahan-lahan tanpa di sedari Julita, Nina mengambil kunci tersebut dan disorokkan ke dalam poketnya.

”Maafkan aku Julita, kami betul-betul memerlukan duit sekarang.” Ujar Nina dalam hati sambil memandang sayu Julita yang sibuk memasukkan pakaiannya ke dalam beg troli.

”Ok jom..tak sabar nak pergi bercuti.”

*****

“Cepat Julita, nanti tak sempat nak naik kapal terbang.” Kami bertiga terkocoh-kocoh berlari. Nazim membawa beg troli Julita.

”Huh! Penat..Sempat lagi ni..” Julita berkata dalam mengah.

”Hah, tu dia..pengumuman penerbangan ke Bali. Cepat..cepat!” Kelam kabut kami menuju ke tempat pendaftaran. Setelah selesai semua, Nazim dan Nina menghantar Julita ke balai pelepasan.

”Nanti jangan lupa siramkan pokok bunga Julita.” Sempat lagi berpesan.

”Iya..” Serentak Nina dan Nazim mengiyakan.

”Ikan kat akuarium juga.”

”Iyaaaaa.....”

”Kucing Julita jangan lupa bagi makan.”

”Tolong tengok-tengokkan rumah ye.”

”Semua kami bereskan, Makcik Saodah jiran rumah sebelah tu pun kami akan uruskan.. Jangan risau. Julita pergi je berseronok.” Julita tersengih.

Tiba-tiba Nina memeluk Julita dengan erat.

”Apa-apa pun yang terjadi, kami tetap kawan Julita tau!” Ucap Nina sayu.

”Hei, kenapa sedih-sedih ni. Engkau oranglah kawan Julita paling sejati sekali.” Kata-kata Julita membuatkan Nina menangis. Nina ni memang sensitif orangnya. Tengok katak mati tersepit bawah batu pun boleh menangis.

”Ish, janganlah menangis. Buruk orang besar menangis.” Nina memukul lengan Julita.

“Sempat lagi mengata Nina!” Pengumuman untuk panggilan yang terakhir kedengaran. Julita meminta izin untuk pulang.

”Julita!” Tiba-tiba Nazim memanggilnya. Julita berpaling.

”Ni duit belanja untuk Julita.” Nazim menyerahkan beberapa helai wang kertas 50 ringgit ke tangan Julita. Julita yang pada mulanya terkejut menolak pemberiaan Nazim.

”Ambillah Julita, kami ikhlas ni.” Nina di sebelah Nazim mengiyakan kata-kata suaminya. Akhirnya Julita menganggukkan kepala tanda mahu menerima.

”Korang jaga diri baik-baik tau!” Nazim dan Nina serentak mengangguk.

“Julita pun jaga diri baik-baik kat negara orang tu.” Julita tersenyum sambil mengangguk. Sempat dia melambaikan tangan sebelum masuk.

”Kita jahat sangat tak?” Nina bertanya pada Nazim.

”Kita terpaksa sayang...” Akhirnya kedua-duanya mengeluh dan terdiam. Rasa bersalah menyelubungi diri namun terpaksa melakukannya.

******

++Di satu sudut yang lain++

Raikal menyelak-nyelak surat khabar yang baru dibacanya tadi. Dari tadi terdengar sosek-sosek dari orang sekelilingnya.

”Ish! Tu Raikal kan?” Raikal memasang telinga.

”Haah, alamak..Handsome gila! Kalaulah aku dapat dia. Miaw! Aku suruh dia duduk rumah je. Biar ayang je kerja.” Kemudian mereka bergelak-gelak. Gedik sungguh.

”Alamak..Raikallah..Kacaknya.” Satu lagi suara didengari.

”Nak minta autograf dia boleh.”

”Janganlah, orang kata dia berlagak. Kalau dia tak layan hang nanti hang yang malu.” Suka-suka je judge aku! Aku menggeleng-gelengkan kepala.

”Wah..kau tengok..gambar kat cover majalah ni muka orang depan kita nilah..”Seorang lagi....

”Mana?” Kawannya bertanya seraya sedikit menjenguk. Aku mendiamkan diri. Mataku masih tertumpu ke suratkhabar yang ku pegang tadi walaupun sebenarnya fikiranku tidak berada di situ.

”Haahlah, sama-sama. Aku nak tegur dia boleh tak?”

”Eh! Kau janganlah buat malu.” Belum sempat kawannya menarik tangannya, perempuan tadi duduk di sebelahku.

”Hai abang Raikal!” Aku menoleh kemudian tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah kiriku. Perempuan tadi terkedip-kedip melihat aku tersenyum. Aku tahulah aku kacak, janganlah terkedip-kedip macam tu. Buruk benar! Aku tersenyum dalam hati.

”Ye saya.”

”Wahh...Kacaknya abang Raikal, saya nak jadi makwe abang boleh?” Aku pula terkedu. Berani sungguh perempuan zaman sekarang.

“Tapi abang dah berpunya.” Jawabku ringkas. Perempuan tadi berkerut.

“Tapi kalau nak jadi bini abang nombor dua boleh je.” Gurauku sambil tersenyum.

“Haha..tak sangka abang ni pandai bergurau juga ek. Selalu tengok dalam tv, serius je.” Aku tersenyum.

“Don’t judge the book by its cover!”

“Betul! Betul! Betul! Nak tandatangan abang boleh tak? Bukan senang nak dapat jumpa orang glamour macam abang ni.”

“Boleh je, nak abang sign kat mana?” Perempuan tadi menunjukkan majalah yang memaparkan wajahku sebagai cover majalah tersebut.

”Thanks abang, nak ambil gambar boleh?” Aku mengangguk. Sempat lagi berposing. Terdengar lagi sosek-sosek di keliling kami. Mereka hanya berani bercakap di tepi, tidak seperti perempuan tadi, begitu berani mendekatiku. Aku meminta diri setelah terdengar pengumuman supaya penumpang ke penerbangan Bali perlu menaiki pesawat.


Sewaktu mahu check in, telefon bimbitku berbunyi.

“Hello!”

“Abang Kal, abang Kal dah nak pergi ke?” Suara lunak gadis di corong telefon membuatkan aku tersenyum.

“Haah, Medina nak apa-apa ke dari Bali.”

“Haha..macam tahu-tahu je Med nak something. Jangan lupa carikan Med benda tu tau.”

“Tak habis-habis dengan benda tu. Ok, nanti Abang Kal belikan.” Ujarku sambil tersenyum.

Tiba-tiba aku terlanggar seorang perempuan yang sedang berjalan dengan air tin di tangan. Habis bajuku terkena tumpahan air di tangannya. Perempuan itu meminta maaf tanda bersalah. Aku yang melihat bajuku kotor menggeleng-gelengkan kepala dan terus meninggalkan perempuan tanpa sepatah kata.

”Kenapa abang?” Medina bertanya apabila mendengar kecoh-kecoh tadi.

“Tak ada apa-apa, ada perempuan gila tumpahkan air kat baju abang. Habis kotor baju abang.” Medina tergelak kecil.

”Perempuan mana tak gilakan abang?” Aku tersenyum mendengar kata Medina.

“ Ada, Medina je tak gilakan abang.”Ujarku dalam hati.

*****

Aku mencari tempat dudukku. Tak sangka hadiah percutian yang aku dapat ni kelas pertama. Dahlah pertama kali naik kapal terbang, kelas pertama pula. Memang nasib aku sangat baik. Huhu...

”Ah! Sini pun tempat duduk Julita.” Aku duduk di tepi tingkap. Wahhh..Boleh tengok pemandangan di luar. Excitednya nak naik kapal terbang. Eh! Ada majalah lagi. Aku mencapai salah satu majalah. Cover di depannya seorang komposer kacak yang memang selalu digosipkan dengan artis terkenal. Aku mencebik..Handsome, siapa yang tak nak. Entah-entah memang dia ni gatal tak. Selalunya orang glamour ni sosial hidup dia. Minum arak, clubbing..Huhu..tak minat..tak minat..

Sedang aku membelek-belek tentang cerita komposer tersebut, seorang lelaki duduk di sebelahku. Aku memandangnya sekilas dan tunduk membaca semula. Kejap! Aku mengangkat majalah tersebut dan meletakkannya di sebelah muka lelaki tersebut.

”Awak Raikalkan?” Aku melonjak kegirangan. Tak sangka nasibku memang baik hari ini. Lelaki tadi mengangguk kemudian mengambil salah satu majalah di hadapan kami. Tanda tidak mahu diganggu.

”Ceh! Berlagak!”Ucapku dalam hati. Haha..tadi aku juga yang kata tak suka artis dan cakap mereka ni terlalu sosial. Baru jumpa depan mata dah terlebih excited pula. Huhu...

”Tapikan, macam pernah nampak je dia ni tapi kat mananya?” Aku berfikir sendirian. Mataku terbeliak tiba-tiba. Dialah lelaki yang aku langgar tadi, habis air tin yang aku pegang tertumpah kat baju dia. Aku menyorokkan sedikit mukaku dengan majalah supaya dia tidak mengenaliku. Oleh kerana tidak berani memandang mukanya, aku membuang pandang ke luar tingkap. Nampaknya dia sudah menukar bajunya, patutlah aku tak perasan tadi. Huhu..

”Alamak, macam mana pula boleh terserempak orang ni kat sini pula.” Aku merungut. Sedikit demi sedikit, aku membelakanginya.

”Tolong ambilkan suratkhabar depan awak tu.” Aku menyerahkan suratkhabar tersebut tanpa memandang wajahnya.

“Bukan suratkhabar yang ni, yang lagi satu tu.” Aku mengambilnya tanpa banyak soal. Masih seperti tadi, menyerahkan suratkhabar tersebut tanpa memandang wajahnya.

”Kenapa awak baca majalah terbalik?” Cepat-cepat aku menurunkan majalah tersebut setelah menyedari kesilapan sendiri. Aku tersengih malu dan membetulkan keadaan dudukku. Akhirnya kami terdiam dan dia meneruskan pembacaannya.

Kapal terbang akan berlepas. Aku yang memang pertama kali menaiki pesawat terasa gementar. Tanganku memegang kuat kerusi yang aku duduki. Lagi-lagi bila terasa gegar ketika pesawat hendak naik. Aku memejamkan mata, takut. Tanganku menggapai tangan lelaki di sebelahku. Lega bila pesawat sudah kembali stabil. Lelaki tadi meleraikan tangannya yang masih ku pegang dari tadi. Malunyaaaaa.....

Setelah lama kami terdiam, aku memikir-mikir ayat apa yang ingin aku tuturkan pada lelaki di sebelahku.

”Mmm...saya minta maaf pasal air tumpah tadi.” Lama aku menyusun ayat untuk meminta maaf kepadanya. Aku mengangkat muka. Ceh!!! Tidur!!! Penat aku susun ayat berpaku-paku.

Tidak lama kemudian, pramugari bertanyakan samada aku mahukan makanan atau minuman. Aku memesan banyak makanan..Haha..bukan senang nak makan atas pesawat..Kihkih...

Aku makan dengan penuh selera. Lepas satu, satu aku jamah dengan penuh selera. Lelaki di sebelahku tadi sudah bangun dari lenanya. Mungkin hidungnya terbau bau makananku. Lantaklah, tadi berlagak sangat, bila aku nak mintak maaf boleh pula tidur.

”Miss..” Lelaki tadi memanggil pramugari yang berada tidak jauh dari kami. Aku memandang sahaja tingkahnya sambil mulutku tidak berhenti mengunyah.

”Give me one cup of tea, please.” Ek eleh..bayar mahal-mahal minum air teh je?

Pramugari tersebut mengangguk tanda faham dan berlalu pergi. Lelaki tersebut memandangku.

“Nak?” Aku mempelawa kek coklat di hadapanku. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Baguslah, aku pun ajak-ajak ayam juga. Hehe..Tidak lama kemudian, pramugari tadi membawa secawan teh dan diletakkan di hadapannya.

”Miss, bagi saya air coke.” Sempat aku memesan air tin. Lelaki tadi memandangku tanda tidak percaya. Aku mengangkat kening. Lelaki tersebut menggelengkan kepala tanda pelik. Agaknya dia pelik aku makan banyak sangat kot. Lantaklah, aku dah bayar mahal! Erkk..silap, aku dah menang peraduan..Hehe...

Aku membuka penutup coke dan menghirupnya. Arghh..sedapnya..Erkkkkk...Angin sendawaku keluar. Aku menutup mulut. Lelaki tadi ku pandang.

”Sori..” Serius mukanya. Aku membuat muka. Macam cakap dengan batu. Aku menghirup semula air coke dia tanganku. Tiba-tiba terasa angin dari perut naik ke atas, mungkin mahu sendawa lagi. Aku bersedia mahu mengeluarkan angin.

“Erkk…Bwekkkkk!!!” Terkeluar muntahku berwarna-warni dan terkena baju lelaki di sebelahku tadi. Mataku terbeliak…Begitu juga dengan lelaki di sebelahku....Alamak….Ni dah kali kedua, mampus aku…Aku menelan air liur..Glup! Aku mengelap tepi bibirku yang terkena muntah sambil mataku terkedip-kedip melihat mukanya...

Wednesday, April 22, 2009

Syurga Cinta ep 1

Cerita ini Suri dedikasikan untuk seorang teman tapi mesra Suri yang misteri..dia memang misteri….Jeng..jeng..jeng...Hidup Suri memang selalu diselubungi misteri...Hukhuk...Apalah nasib..Cerita ini merupakan adaptasi daripada cerita ”Full House” versi melayu..Suri memang suka sangat cerita Full House..Fighting!!!



”Kringgggggggggg!...”

Jam loceng berbunyi nyaring. Berulang-ulang sehingga memekakkan telinga. Aku mengambil bantal pelukku lalu membalingnya ke arah jam loceng yang asyik berbunyi tidak berhenti-henti selagi tidang di tutup. Bingit!

”Pap!” Jam loceng tersebut jatuh ke lantai.

“Berhenti pun!” Aku mengambil bantal di sisiku lalu ku tekupkan ke muka. Hajatnya mahu menyambung tidur.

“Kringggggggggggggggggggggggggggggggg…” Baru sahaja mahu melelapkan mata, jam loceng berbunyi lagi.

“Adus!! Kacau sungguh jam loceng ni. Nak tidur pun tak senang!” Aku duduk di atas katil. Mataku meliar di seluruh bilik. Bersepah sungguh! Aku mengambil telefon bimbitku di meja sebelah katil. Pukul 6.50! Alamak, tak sembahyang subuh lagi!

Cepat-cepat aku bangun dan terus berlalu ke bilik air. Kerana terlupa memasang lampu, aku terlanggar tin kosong yang tak tahu apa motif utama aku meletakkannya di situ. Aku menekan suis lampu. Mak aih! Bersepah tahap babun..Tin kosong, jag air plastik, baju-baju berlonggok, surat khabar lama bersepah-sepah. Kalah sarang tikus! Tak boleh jadi ni, siang ni kena kemas juga. Huhu...Pemalas betul aku ni. Itulah, hidup seorang diri ini membuatkan aku menjadi bertambah malas.

“Julita..Julita..Kau ni perempuan ke lelaki. Pemalas mengalahkan babun!” Aku mengomel sendirian.


*******

”Encik Raikal, bos panggil.” Aku mengangguk namun mataku masih tidak lepas dari nota lagu yang masih ku karang di tanganku. Aku meletakkan nota lagu tersebut ke dalam fail dan bangkit menuju ke bilik Encik Rafik.

”Yup! Ada apa-apa yang Kal boleh bantu?” Kataku apabila duduk di hadapannya.

”Ha Kal, Abang nak minta tolong sesuatu ni. Abang nak minta Kal tolong buatkan satu lagu untuk artis Abang. Boleh?” Aku menganggukkan kepala tanda faham.

”Siapa?” Aku bertanya.

”Ratna, artis baru yang tengah meningkat naik tu.” Aku menganggukkan kepala lagi.

”Ok, karang kalau lagu tu dah siap Kal call abang.” Giliran Encik Rafik yang ku panggil abang itu menganggukkan kepala. Aku mengeluarkan cd dari dalam beg sandang yang memang akan ku bawa ke hulu dan ke hilir setiap hari. Jika mendapat ilham, terus aku catatkan di dalam buku nota laguku yang memang tersedia ada di dalam beg tersebut.

“Cuba abang dengar lagu baru Kal.” Encik Rafik mengambil cd tersebut dan memasukkan ke cd player yang memang tersedia di sisinya. Terpejam-pejam matanya menikmati lagu baru yang ku gubah.

“Macam mana?” Aku bertanya setelah lagu tadi habis di putar.

“Tak tahulah apa abang nak cakap.. lagu-lagu ciptaan Kal memang marvellous!!Muahhh! Kalau lagu ni nak bagi kat Ratna pun, abang rasa mesti meletup-letup..Wallah!” Aku menggeleng-geleng.

”Kal dah janji nak bagi lagu ni pada Suria.”

”Ha, ok juga tu. Sesuai dah lagu tu dengan konsep dia.”

“Oklah abang, Kal nak pergi studio rakaman. Ada rakaman untuk artis MOS. Petang ni ada rakaman untuk artis BOW pula” Aku bersalam dengan Encik Rafik tanda mahu beransur pulang.

“Tulah Kal, abang suruh kerja dengan abang tak nak. Suka nak jadi komposer bebas.” Aku tersengih. Memang pun aku tidak suka terikat. Aku lebih suka bekerja secara bebas. Senang buat kerja, lagi pun bukan semua orang boleh ikut dengan cara kerja aku. Perfectionist!

”Abang macam tak faham perangai Kal, siapa tahan.” Encik Rafik menggeleng-gelengkan kepala.

”Yelah, abang tahu. Itulah alasan lapuk Kal tiap kali abang sentuh bab ni.” Aku tersengih lalu meminta diri untuk pulang.

*****

”Abang, macam mana ni..Ah long tu dah nak mengamuk sebab kita tak bayar hutang-hutang dia. Matilah kita bang, mana kita nak cekau cari duit bayar hutang.” Nazim menggaru kepalanya yang tidak gatal

“Abang tengah fikirlah ni. Adoi! Serabutnya kepala abang. Nina tak ada idea ke?” Nina di sebelahnya terdiam.

”Ada memanglah ada, tapi Nina rasa tak patut pula kita buat macam tu kat dia.” Nina bersuara.

”Apa dia?” Nazim menaikkan keningnya sebelah.

”Rumah Julita.” jawab Nina pendek. Mata Nazim nampak bersinar.

”Ha! Kenapa tak bagi tahu awal-awal. Taklah serabut kepala abang fikir dari tadi.”

”Tapi abang, Nina rasa tak patutlah. Kalau kita jual rumah dia nanti, dia nak duduk mana, lagipun abangkan tahu, dia tu anak yatim piatu..Dosa besar kita ambil harta anak yatim ni.” Nazim mengerutkan muka dia.

”Haah ek!” Aduss..Bodoh-bodoh alang betullah suami aku ni. Lurus bendul!

”Lagipun, diakan kawan baik kita. Takkan kita nak makan kawan sendiri. Betul tak?”

”Habis, kalau macam tu. Nak buat macam mana?”

“Entahlah abang, Nina pun dah tak ada idea lain.” Akhirnya kami berdua terdiam. Mengenangkan nasib kami yang seperti sudah jatuh di timpa tangga.

Tiba-tiba terdengar suara bising-bising di hadapan pagar. Nina memegang tangan Nazim.

“Abang, Nina takut!”

“Shh..jangan bersuara, nanti mereka tahu kita ada kat dalam ni.” Merangkak-rangkak kami pergi ke tingkap untuk mengintai keadaan di luar. Kelihatan sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan rumah. Kedua-duanya pucat. Nazim memberi isyarat supaya diam. Aku menganggukkan kepala. Kami tidak berani bergerak, duduklah kami berdua berpelukan di tepi tingkap. Bunyi bising tadi makin kuat. Semakin kuat Nina memeluk suaminya.

”Manalah celaka ni pergi, kalau aku dapatlah dua ekor tu. Aku cincang halus-halus. Pinjam pandai, bayar tak pandai. Kalau aku dapat bini dia tu, siaplah! Aku jual kat rumah pelacuran.”

Nina memandang suaminya dengan mimik muka seperti mahu menangis. Nazim meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta meninggalkan rumah. Nazim mengeluh lega.

”Abang, abang tak dengar ke, mereka kata mereka nak jual Nina ke rumah pelacuran. Macam mana ni abang?” Nina menangis teresak-esak.
”Nina..janganlah menangis, kita akan fikirkan caranya.” Semakin kuat pula Nina menangis apabila Nazim berkata begitu.

”Nina tak sanggup nak hidup macam ni..Macam mana kita nak hidup bahagia kalau hidup sentiasa ketakutan. Lagipun, tak lama lagi keluarga kita akan bertambah.”

”Keluarga kita nak bertambah? Apa maksud Nina?”

”Nina mengandung, baru sebulan lebih.” Muka Nazim berubah menjadi terkejut.

”Betul ke Nina?” Nazim bertanya lagi, tidak percaya dengan perkhabaran yang baru didengarinya tadi. Nina mengangguk perlahan.

“Yahuuuuuu…..”Nazim melonjak kegirangan, namun buat seketika dia terdiam.

“Kita tak boleh hidup macam ni selama-lamanya. Abang tak mahu anak kita hidup macam orang pelarian.” Nazim berjalan ke hulu dan ke hilir memikirkan sesuatu. Nina hanya memandang perlakuan suaminya yang seperti orang gila. Sekejap gembira, sekejap serius.

“Kita tak ada jalan lain, Julita je harapan kita.” Nina melongo..

Thursday, April 16, 2009

Lelaki pelik pernah aku jumpa.



Kelas pengurusan pemasaran yang baru sepuluh minit bermula terganggu tatkala seorang lelaki sibuk mencari tempat duduk. Kebetulan tempat duduk di sebelahku memang kosong. Kelam kabut dia mengeluarkan nota dan pensil dari fail di tangannya. Aku hanya memerhatikan sahaja tindak tanduknya tanpa melihat wajahnya. Sedikit sebanyak dia mengganggu tumpuanku. Tiba-tiba kami berpandangan, aku tersentak lantas memandang ke hadapan semula. Setengah jam berlalu, aku mula merasa bosan. Aku menaikkan kakiku ke atas kerusi dan bersila. Lenguh berlunjur.
”Ada gewe?” Spontan aku memandang Azie, rakanku di sebelah. Azie memandangku.

”Kenapa?” Azie menyoalku. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin aku salah dengar agaknya. Mungkin dia tanya orang belakang, mesti, wajib!
Aku meneruskan konsentrasiku pada kuliah.

”Ada gewe?” Soalan itu bergema lagi. Aku tidak berani memandang wajahnya. Takut aku sendiri salah faham. Aku mendiamkan diri. Lama, kemudian aku mencuit Azie.

”Azie, budak sebelah ni tanya Dya ada gewe ke tak. Tapi Dya tak pasti dia tanya Dya ke tak sebenarnya.”
”Ha?” Azie menaikkan kening ala-ala Ziana Zain. Azie menjengukkan sedikit kepalanya untuk melihat lelaki di sebelahku.

”Hensem Dya.” Aku mengerutkan dahi, hensem? Aku rasa biasa je. Aku mengangkat bahu. Malas memikirkan betul ke tidak lelaki tersebut menujukan soalan cepumas itu kepadaku atau orang lain. Malu untuk bertanya kembali, karang kalau salah dia kata aku muka tak malu. Huhuhu..

****
”Awak, awak..” Aku berpaling ke belakang. Sah memang dia panggil aku. Eh! Budak laki yang tanya aku ada gewe ke tak tulah. Apa mimpi dia tiba-tiba panggil aku ni. Dia menghampiriku dengan seorang rakan.

“Awak dah siap ke assignment yang pensyarah bagi dulu tu. Kalau dah siap nak tiru.” Mak aih! Straight to the point betul mamat ni. Bukan kata nak pinjam ke nak bincang, terus cakap nak tiru. Mana boleh! Penat aku bersengkang mata buat tahu!

“Tak siap lagi.” Aku menipunya. Hehe..

”Tak siap lagi?Mmm..boleh tak saya nak nombor telefon awak, senang saya nak mintak assignment dari awak.” Alamak, mamat ni. Spoil betul, agak-agaklah nak mintak. Nak bagi ke tak nak, bagi ke tak nak. Bagi jelah. Lagipun mamat ni boleh tahan juga sebenarnya. Menyempat lagi Dya ooiii!

”Ambil ni, 012234567.” cepat tangannya mendail punat-punat telefon.

”Nama?” Dia bertanya lagi. ”Dya.” Jawabku pendek. “Oo..Dya nama awak ye.” Tiba-tiba rakan di sebelahnya menyampuk. Aku tersenyum.

“Awak miss call sayalah.” Aku memberi arahan padanya. Dia mengangguk lantas menekan butang panggilan. Diletakkan telefon rapat di kepala. Kemudian dia mengangguk tanda sudah selesai miss call.

”Nama?” Aku bertanya pula padanya. ”Taufiq.” Aku mengangguk lantas meminta izin untuk pergi.

”Nanti dah siap jangan lupa bagitahu tau.” Aku tersengih. Jangan haraplah aku nak bagi. Hahaha..gelakku jahat tapi di dalam hati.

*****
Sejak pertemuan tersebut aku langsung tidak menemuinya. Malas aku mahu memanjangkan cerita walhal aku sendiri tidak mahu menyusahkan diri membantunya. Biar dia cari sendiri. Aku termenung di hadapan lif sementara menunggu lif sampai. Azie sudah lesap kerana hendak berjumpa pensyarah akademiknya. Aku pula mahu menemui pensyarah penyelia yang memantau projekku semestar depan. Lif terbuka, aku terkejut kerana di hadapanku adalah Taufiq. Dia juga seolah-olah terkejut melihatku.

”Hai!” Dia menyapaku. Aku tersenyum.
”Dah siap dah assignment?” Ah! Luntur semangatku. Apa dia ingat aku ni muka buat assignment apa! Bengang aku.

”Sikitlah.” Acuh tak acuh aku menjawabnya. ”Nak YM awak.” Adusss...ni aku lemah ni.
”Ha?” Aku mengerutkan dahi. Sebenarnya aku rasa macam dah berkenan je kat mamat ni. Walaupun dulu aku kata dia tak hensem tapi sekarang nampak sweet lah pula.

”Saya nak YM awak.” aku tergaru-garu kepala. Perasaanku masih berbelah bagi samada hendak memberinya atau tidak.

”Awak add saya, ni alamat e-mail saya.” Ujarnya sambil memberikan sekeping kertas kepadaku apabila melihatku masih ragu-ragu.
“Ok!” Kataku sambil menekan butang lif.

Malam itu kami berchatting. Aku tidak memberinya secara langsung semua assignment yang telah aku buat tapi aku memberinya laman web yang berkaitan. Dia mengeluh dan mengatakan aku kedekut tapi apa aku peduli. Sempat lagi kami berbincang tentang perkara peribadi tapi dia banyak berahsia. Akhir sekali kami bergaduh. Pelik aku, baru pertama kali berborak dah gaduh. Tapi aku sudah merasakan kelainan di dalam hatiku. Sejak hari itu, kami mula berchatting namun selalunya diakhiri dengan pergaduhan. Kadang-kadang aku tension tapi kadang-kadang aku rindu pula padanya. Tapi yang peliknya, kalau dia online, dia mesti invisible. Lama-lama dah jadi tabiat, aku tunggu dia setiap malam untuk berchatting dan kadang-kadang sanggup aku bersengkang mata semata-mata menunggu dia mem”buzz”ku. Mana aku nak tahu dia online ke tidak. Diakan invisible, nak tak nak aku terpaksa penunggu setia. Huhu..sanggup aku jadi begini. Tulah, dulu kata tak hensem sangat, sekarang siapa melekat. Suatu hari kami berchatting.

”Awak, betul ke awak tanya saya ada gewe ke tak masa tu?”
“Ye, saya tanya awaklah tapi awak diam je.” Aku tersengih. Sah! Sah!
“Awak dah ada makwe?” aku menaip perlahan kemudian lama baru aku menekan enter.
”Belum.”
”Kenapa?”
”Saya nak cari makwe yang pikat saya dulu.” Mak aih!! Biar betul dia ni, punah harapan aku.Huhu..Takkanlah aku nak pergi mengorat dia pula.
”Kenapa?” Aku bertanya lagi.
”Bosan, asyik saya aje yang mengorat. Biarlah perempuan pula mengorat saya. Barulah thrill” Thrill kepala hotak dia. Aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal. Melepaslah aku. Aku ni pemalu, sampai kiamat pun aku takkan mengorat dia. Tapi hati aku dah berkenan. Macam mana ni..Maakkkkkkk, tolong anakmu ini.

Suatu hari dia meluahkan perasaan sedihnya kepadaku juga melalui YM, dia ni kedekut nak mampus. Aku mesej bukan nak balas. Tak ada kredit katanya. YM jelah yang kami mampu. Tiba-tiba je mamat ni sedih. Tak apa, tak apa..aku layan. Macam-macam yang diceritanya. Tentang ketidak puasan hati tentang budak-budak kelasnya padaku.

“Tak apa, awak sabar ye!” aku memujuknya. Ceh, seakan aweknya sahaja lagaknya.
“Tapi, sampai bila saya nak bersabar. Saya tertekan. Lagipun saya sunyi. Budak kelas semua tak best.”

”Awak ni, nak belajar ke nak bercinta dengan budak kelas. Abaikan jelah diorang tu, concentrate kat belajar.” Aku memujuknya lagi.
“Saya rasa nak extendlah.” Tiba-tiba dia mengeluarkan pendapatnya. Aku terkejut.

“Suka hati awaklah, awak yang nak belajar. Tak apa, saya tunggu awak.” Lancar tanganku menaip. Alamak! Salah taip.
“Awak nak tunggu saya?”

“Err..maksud saya, saya tunggu awak sambil belajarlah kat sini. Maksudnya, saya ada kat sini, belajar.” terbelit-belit aku menyusun ayat. Ah! Gasaklah. Dia terus terdiam selepas itu, ni yang aku masak sangat ni. Mendidih betul, suka masuk dan keluar sesuka hati YM tanpa memberitahuku. Lama aku tunggu, sah dia dah tidur. Malaslah nak layan dia. Perangai memang pelik, macam batu, tak ada perasaan. Benci!! Batu? Ha, memang sesuai dengan perangai kau. Sesuai aku panggil kau batu. Lelaki pelik pernah aku jumpa, batu!

*****
Semester hadapannya.

Alamak, aku rindulah kat Batu. Tapi semester ni tak ada kelas yang sama dengan dia. Sedihnya. Tak apa, tak apa. Aku masih lagi boleh bermesej dengannya. Tapi seperti biasalah, dia memang kedekut. Mesej aku sesekali sahaja dia membalasnya. Aku jadi tension kadang-kadang. Dia ni pergunakan aku untuk buat assignment dia je ke, tapi kenapa dia tanya aku ada gewe ke tak dulu kalau dia tak berkenan. Macam-macam persoalan yang tak mampu aku tanyakan padanya. Malu sebenarnya berterus terang padanya.

Suatu hari sesuatu yang buruk terjadi padaku. Aku di ragut, segala benda hilang, dompet, telefon bimbit. Aku langsung tidak tahu apa yang patut dilakukan. Mujur rakan sebilikku memahami keadaanku dan meminjamkan telefon bimbitnya. Syukur, di kala kesusahan ramai membantuku. Tengah malam itu juga polis menelefonku dan memberitahuku bahawa peragut sudah dikenalpasti. Lantas aku bersiap-siap mahu ke balai polis. Nini, rakan sebilikku menghalangku pergi bersendirian. Aku teringat Batu, nombornya memang selalu dikepalaku. Mana tak ingat, aku selalu praktis hafal nombor telefonnya, tak sangka berguna di saat kesusahan. Nombor telefon orang lain memang aku tak ingat dah.
“Hello, Taufiq” Aku memulakan perbualan. Sebak aku rasakan ketika itu.
“Hello, siapa ni?” Dia menyoalku kembali.

”Ni Dya. Taufiq boleh tak tolong Dya. Temankan Dya ke balai polis?”
”Ha, ke balai polis? Nak buat apa?” Alamak, banyak songeh pulak mamat ni.
”Saya ada hal nak ke sana, boleh tak awak temankan, saya takut nak pergi seorang sebab dah jauh malam. Boleh tak?” aku bertanya geram. Masa macam nilah dia nak banyak soal. Aku ni dahlah banyak masalah.

“Yelah, tapi kenapa?”
“Tak apalah kalau tak nak temankan. Ok, Bye!” Aku memang sangat beremosi ketika ini. Sensitif!

”Nanti, nanti. Ok, saya temankan. Kita nak naik apa ni?” Dia bertanya bodoh. Rasa macam nak bagi sedas penumbuk je sebab bagi soalan bodoh tu kat aku. Dahlah sebak aku tak hilang lagi ni.

”Awak naik motor awak, saya naik motor sayalah.” Tergagap-gagap dia menjawap sebelum aku meletakkan telefon. Tergesa-gesa aku ke bilik azie untuk memintanya menemankan aku. Tanpa banyak soal Azie bersiap. Belum sempat aku ke tempat parking motor, sebuah kereta kelisa putih memberi hon. Kami berdua terkejut. Batu!
Dia membuka pintu kereta.

“Dya, cepat masuk!” Ujarnya garang memberi arahan. Aku memandang Azie, cepat-cepat Azie menarik tanganku supaya memasuki kereta. Di dalam kereta aku menerangkan tentang apa yang terjadi padaku. Dia mengangguk-angguk tanpa sebarang kata. Sampai di balai polis, dia menungguku di luar. Teman lelaki Azie juga datang ke balai polis. Mungkin Azie memberitahunya tadi. Azie memberitahu bahawa teman lelakinya membawa kereta. Aku sebenarnya tidak mahu menyusahkan Taufiq sebenarnya. Aku bertanyakan pada Azie samada teman lelakinya sudi atau tidak membawa kami pulang dan aku boleh menyuruh Taufiq pulang terlebih dahulu. Azie berbincang dengan teman lelakinya dan kemudian mengangguk padaku.

”Awak, awak baliklah dulu.” Aku menyuarakan pendapatku.
”Kenapa?” Dia bertanya kembali.

”Sebab dah malam ni, entah-entah prosesnya lambat lagi.” aku memberikan alasan yang ku anggap kukuh.
”Tak apa, kita tunggu.” aku kehilangan kata-kata. Biarlah dia nak tunggu. Lama sikit aku berdate dengan dia ni. Lama tak jumpa, rindu. Huhu..

Hensemlah dia ni, tapi kenapa aku tengok dia makin kurus? Tiba-tiba aku ternampak Firdaus, polis merangkap rakanku. Macammana aku boleh terlupa aku ada kawan polis ni. Aku mendapatkannya. Firdaus tergelak apabila mendapat tahu akulah sebenarnya mangsa ragut yang disebut-sebut tadi. Ceh! Bukan nak bersimpati, katak puru betul! Aku menyepak kaki Firdaus, denda kerana menggelakkanku. Aku menoleh ke arah Batu, cepat-cepat dia menoleh ke arah lain. Eh! Batu pandang aku ke tadi? Betul ke? Alamak, ni yang dinamakan dalam musibah ada hikmahnya. Setelah selesai semuanya, kami pun pulang. Setelah Batu beredar, Azie bercerita.

”Dya, tadi Batu tu tanya, lelaki yang berborak dengan Dya tadi siapa.” Aku terkejut.
”Betul ke dia tanya, abis tu Azie cakap apa?”

”Orang cakaplah tu kawan Dya. Dia tanya tu macam cemburu aje.”
“Betul ke Azie?” Hatiku sudah berbunga-bunga. Yakin jika Batu ada perasaan terhadapku.
”Betul.” Azie tersengih. Memang dia sudah maklum terhadap perasaanku terhadap Batu. Maklum tentang kegilaanku terhadap Batu. Kami berpecah, aku terasa letih yang amat. Sedih, sebak campur hati berbunga-bunga. Semuanya menjadi satu. Masuk sahaja bilik, aku terus merebahkan badan ke katil. Tidak lama kemudian dengkuran kecil kedengaran.

****
Selepas malam itu, aku tidak lagi mendengar khabar berita dari Batu, sempat kutitipkan ucapan terima kasih padanya kerana membantuku namun dia tidak membalas. Seminggu aku berfikir. Betul ke apa Azie cakap malam tu? Betul ke dia cemburu? Ke aku yang syok sorang-sorang. Kalau dia syok kat aku, kenapa dia tak balas mesej aku? Wargghhh! Tensionnya. Hilang sudah perasaan berbunga-bungaku dahulu. Sekarang apa yang bermain di fikiranku adalah samada dia menyintaiku atau tidak. Sebelum semester berakhir, kami sempat berchatting.

”Awak tengah buat apa?” batu memulakan perbualan.
”Tengah borak dengan member.”
“Ooo..Boleh tak saya berkenalan dengan member awak tu?”
“Tak boleh!” Cepat aku membalas.

“Kenapa?”
“Sebab saya kata tak bolehlah!”
”Kenapa pula? Saya tak ada makwe, apa salahnya saya nak berkenalan dengan kawan awak tu. Lagipun saya teringin juga nak keluar dengan makwe, nak dating, keluar makan.” Habis, kalau kau teringin kenapa tak nak ajak keluar mangkukkkk! Memang tension aku dibuatnya dengan budak seekor ni.


”Carilah orang lain.”
”Awak cemburu ye?” Huhu...masakan aku mahu mengaku yang sebenarnya aku cemburu ke tidak. Gila dia ni. Suka uji aku.

”Tak kuasa nak cemburu.”Aku membalas.
”Saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Dia bertanya.

”Apa dia, tanya jelah.”
”Awak suka kat saya ye?” Gulp! Persoalan maut.
“Kenapa?” Aku bertanya.
”Jawap jelah pertanyaan saya tu.” Hatiku berdebar-debar. Dia nak melamar aku jadi kekasih dia ke?
”Suka!” Berani mati jawapan aku ni.

”Betul suka saya?” Dia mengulangi pertanyaannya.
”Suka!”
”Ha, sah awak memang cemburu sebab tu tak bagi saya berkenalan dengan member awak. Tulah, tadi tak nak ngaku. Boleh tak ni saya nak berkenalan dengan kawan awak, ha yang selalu dengan awak tu, siapa nama dia, Nurul?” Adusss...tension aku, aku ingat bila kata aku suka, dia nak ajak aku berkasih-kasihan dengan dia, rupanya nak tahu aku cemburu ke tak aje.

Tensionnnn!!! Aku menarik-narik rambut kerana terlalu tension. Sebab malu yang teramat sangat, terus aku sign out. Aku rasakan wajahku sebu, merah padam menahan malu. Batu! Batu! Kau tau tak aku suka kat kau, kau sibuk lagi nak berkenalan dengan kawan aku. Apa punya perasaan entah kau ni. Memang kau berhati batu. Sakit hati aku. Malas layan kau! Lelaki pelik!

”Azie, orang sakit hatilah dengan Batu ni, orang tak nak dengan dia dah. Orang dah berpatah arang. Tension layan dia.” Azie terkejut mendegar kata-kataku.

“Kenapa Dya?” Azie bertanya.
“Azie tahu tak, dia boleh tanya orang suka ke tak, lepas orang cakap suka dia nak berkenalan dengan Nurul pulak, mana orang tak bengang!” aku meluahkan ketidak puasan hatiku pada Azie. Azie tergelak besar.

“Memang dia perangai macam Batulah Azie, sesuai nama tu dengan dia.”


*****
Semester seterusnya.

Dah setahun lebih aku kenal Batu, tapi tak ada apa-apa kemajuan dalam hubungan kami. Aku sudah tawar hati mahu menjalinkan hubungan dengannya. Dengan Azie juga telah aku katakan aku mahu melupakan Batu. Azie mengucapkan Caiyok! Caiyok! kepadaku sebagai pemberi semangat. Namun hasratku punah sama sekali, rupa-rupanya dia masih sekelas denganku. Macam mana aku nak lupakan dia? Kalau dah seminggu, 3 hari konfirm aku kena menghadap muka dia. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita buruk, Azie ternampak Batu sedang menjamu selera dengan seorang perempuan di sebuah restoran. Aku masih bersikap cool di hadapan Azie ketika dia memberikan khabar tersebut. Balik je bilik, aku terus merebahkan diri ke katil. Mengalir air mataku tanpa dipaksa-paksa. Mujur Nini sudah tidur. Aku menangis tak berlagu, baru aku faham apa sebenarnya menangis tak berlagu sekarang. Sedih yang amat. Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. Kali ini aku memang berazam, aku takkan menaruh hati padanya lagi. Aku melihat namanya di list YM ku, aku terkejut, tiba-tiba Batu online. Siap papar gambar dia lagi pada display image. Aku menggosok-gosokkan mata. Takut tersalah lihat, tapi betul. Dia memang online. Mimpi apa dia visible kan diri dia ni, dulu-dulu bukan pernah paparkan diri pun.

Hari-hari aku tengok Batu online, siap ubah-ubah gambar lagi. Arggghhhh! Batu..boleh tak kau beritahu apa motif kau online dan visible kat aku? Tapi, segala persoalan yang terbuku tak pernah aku utarakan. Aku juga tak pernah mem”buzz” Batu, aku betul-betul mahu mogok. Tak mahu ada apa-apa hubungan dengannya lagi. Jika bertembung dengannya di kelas pun aku buat-buat tak tahu sahaja. Mungkin dia pelik dengan perubahan sikapku tiba-tiba tapi aku mahu dia tahu aku sudah patah hati dengan sikapnya.

******
Konvokesyen

Akhirnya hari yang bersejarah ini telah tiba, kami sudah konvo! Yahooooo...Kami membaling topi di kepala selepas majlis konvokesyen selesai. Akhirnya segala penat lelahku selama ini berbaloi. Aku dah grade, ye ye...Aku bertemu dengan rakan-rakanku, berborak tentang masa hadapan. Batu? Dia dah grade sebab dia masuk awal satu semester dariku. Kami langsung terputus hubungan.

“Assalamualaikum.” Seseorang menyapaku dari belakang. Aku menoleh. Terkejut melihat Batu di belakangku.
”Waalaikumsalam.” aku membalas salamnya perlahan. Rakan-rakanku tadi meminta izin untuk pergi. Aku mengangguk.

”Tahniah!” Dia tersenyum manis, wajahnya menampakkan kematangan. Aku membalas senyumannya walaupun hatiku sarat dengan persoalan tentang kewujudannya di sini.

”Terima kasih, apa awak buat kat sini? Ooo..makwe awak sama semester dengan sayakan?” Aku bertanya, kemudian aku yang jawab balik.

“Awak ni tak berubah, still banyak tanya macam dulu.” Aku tersengih. Dia menghulurkan sejambak bunga ros padaku. Aku kaget.

”Ini untuk awak.” aku memandangnya serius.
”Sebenarnya, saya dah lama sukakan awak, cuma saya takut tak boleh bagi komitmen kat awak, lagipun awak pernah kata awak akan tunggu saya kan?” Aku masih lagi tertanya-tanya. Tidak faham.

”Nah!” Dia menghulurkan sebuah kotak kecil. Aku masih memandangnya pelik. Dia meletakkan kotak tadi di tapak tanganku. Aku memandang kotak tersebut. Melihat aku yang masih termangu-mangu. Dia mengambil semula kotak tersebut dan membukanya. Cincin! Cantik!

”Sudi tak awak berkahwin dengan saya, sehidup semati dengan saya, saya tahu awak banyak bersabar dengan saya, saya akui saya memang jahat, tapi semua tu untuk uji awak.” Kepala otak dia nak uji aku, tiba-tiba aku naik angin. 3 tahun uji aku, ingat aku ni kepala batu macam dia! Bengang! Memang dia ni pelik, kepala batu!

Aku memulangkan semula bunga dan kotak cincin yang diberikan padaku tadi. Dia terkejut. Cepat-cepat aku melangkah pergi.

”Dya! Tunggu!” aku tidak menghiraukan panggilannya. Dia menarik tanganku. Langkahku terhenti. Aku mengambil bunga di tangannya lantas memukulnya. Aku tak peduli dengan orang sekeliling janji aku puas.

”Awak ingat saya ni kepala batu macam awak tu, suka-suka je buat saya susah hati. Bukan kejap, 3 tahun awak tahu. Masa saya dibazirkan macam tu aje. Benci kat awak.” Taufiq menepis-nepis pukulanku, aku tahu sakit tapi aku peduli apa. Akhir sekali aku menendang kakinya. Memang puas hati. Selepas itu, aku terus meninggalkannya.

”Dya, Taufiq minta maaf ok!” Taufiq masih lagi memujukku, aku menarik lenganku yang masih dipegangnya. Konon marah!

”Ok, Kalau Dya marah lagi, Taufiq cari orang lain.” Cepat-cepat aku menarik lengannya kembali. Taufiq tersenyum. Aku melepaskan peganganku lalu memandang ke tempat lain. Malu dengan tindakan sspontanku.

”Tahun depan kita kahwin ye sayang.” Dia mencuit daguku. Aku tersenyum simpul mendengar kata-katanya. Tak sia-sia lama aku menunggunya. Akhirnya penantianku berakhir. Terima kasih lelaki pelik pernah aku jumpa, Si batu!

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, kan yang?



“Kalau tak balik tak boleh ke? Mengada-ngada betullah awak ni. Asyik merengek je!” aku terus terdiam mendengar kata-kata Helmi. Hampir mengalir air mataku apabila dimarahi begitu. Tak pernah sebelum ini dia memarahiku apabila aku memintanya menemaniku pulang ke kampung. Air mata cuba ku tahan, tak mahu menunjukkan kelemahanku padanya.

”Sabar Tia, jangan nangis depan dia. Bertahan.” Desis suara hatiku. Tanpa rasa bersalah, Helmi meneruskan suapannya yang terhenti tadi. Kenapa dia berubah? Dulu dia tak macam ni pun, dulu kalau apa yang aku minta semua dia turuti, tapi kenapa sekarang macam dah lain. Kami tidak lagi berborak selepas itu, aku juga sudah tawar hati untuk meneruskan perbualan dengannya. Setelah siap, Helmi membayar harga makanan di kaunter.

”Jom balik.” Tanpa banyak soal aku menurutinya, dia berjalan di hadapanku. Aku memandang belakang tubuhnya, hatiku sayu.

”Ini bukan Helmi Tia!” Hatiku meruntun sedih. Helmi sudah banyak berubah, aku tidak lagi dapat melihat kasih sayangnya melalui belakangnya. Kalau dahulu, aku sangat suka melihat belakang badannya, kalau boleh macam nak peluk-peluk sahaja. Tapi sekarang tidak lagi. Setibanya di dalam bilik, sebaik sahaja aku menutup pintu bilik, air mataku turun tanpa dapat di tahan-tahan lagi. Aku cuba menahan tangis supaya tidak di dengari oleh orang lain. Sampaikan bahuku terhenjut-henjut menahan tangis. Sedih! Kenapa sekarang bila Tia jumpa Helmi, Tia akan menangis. Kenapa dah tak macam dulu, setiap kali Tia jumpa Helmi mesti hati Tia berbunga-bunga. Tia atau Helmi yang berubah sebenarnya. Akhirnya aku tertidur dengan air mata masih lagi bersisa di pipi.

Sebulan sudah Helmi tidak mengendahkanku, bukan aku tidak menghubunginya, tapi sikapnya yang mahu tidak mahu sahaja apabila menjawab panggilanku membuatkan aku tawar hati untuk menelefonnya. Akhirnya aku biarkan sahaja. Aku juga tawar hati untuk meneruskan perhubungan ini. Juga sudah bersedia sekiranya lafaz putus di ucapkan olehnya. Suatu hari dia memberi mesej padaku.

”Tia, maafkan Helmi. Bukan maksud Helmi nak abaikan Tia.” Aku mengeluh setelah membaca mesejnya.

”Habis tu, apa sebenarnya yang Helmi nak dari Tia sebenarnya?” Aku membalas mesejnya.

”Maafkan Helmi, Tia. Kita bincang lepas habis exam ok.”

“No! Tia nak kita selesaikan masalah kita sebelum exam. Tia tak kira. Sekarang turun jumpa Tia kat bawah.” Aku memberi kata putus.

”Tia, janganlah macam ni.”

”Tak mahu, Tia tak nak tangguh-tangguh.” Geram hatiku, ingat aku ni perempuan yang mudah diperkotak-katikkan. Biarpun hubungan ini sudah bertahan selama tiga tahun tapi apalah gunanya kalau hati aku merana. Dalam masa dua bulan sahaja hatinya telah berubah.

Aku menunggu Helmi di kafeteria dengan sabar. Cincin silver berbentuk dua hati di jari manisku ku pandang lesu. Cincin ini merupakan cincin pemberiannya ketika hari jadiku tahun lepas. Tidak lama kemudian, dia turun. Nampak riak wajah bersalahnya tapi aku tak peduli.

”Tia..” Dia menegurku. Aku tidak sanggup lagi melihat wajahnya. Tiga tahun memadu kasih belum cukup kuat mengikat hatinya. Hatiku pedih sangat. Aku tahu siapa sebenarnya yang membuat hatinya beralih arah. Rina, rakan sekelasnya yang selalu bersama dengannya atas alasan belajar. Tidak mungkin aku boleh menghalang mereka berjumpa dan berdiskusi jika alasan yang diberikan untuk belajar. Aku juga pelajar, jadi aku tahu kepentingan belajar secara berkumpulan. Tapi akhirnya dia mensia-siakan peluang yang telah kuberikan padanya. Tak sangka, dalam mereka belajar, sempat mereka bermain mata.

”Awak tak payah cakap apa-apa. Saya cuma nak pulangkan satu saja.” aku mengeluarkan cincin di jariku lalu menyerahkan padanya. Helmi nampak terkejut dengan tingkah lakuku.

”Tapi Tia, janganlah macam ni. Kitakan nak exam, nanti ganggu perasaan Tia.” Tahu pula nak jaga perasaan aku, sebelum ni asyik buat aku menangis saja.

”No! Tia tak nak tanggung beban lagi. Tia nak ucapkan terima kasih sebab jaga Tia selama tiga tahun ni.” Ucapku lalu bangkit dari kerusi. Wajahku nampak tenang dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda aku akan menangis. Ye, sikapnya sebelum ni membuatkan jiwaku semakin tabah. Malam itu, aku langsung tidak boleh tidur. Farah, teman sebilikku sudah lama di buai mimpi. Aku bangkit dari katil dan membuka tingkap. Merenung cahaya bulan. Tiba-tiba hatiku sayu. Air mataku laju menuruni pipi tanpa dapat di tahan-tahan. Aku menutup mulutku, bimbang tangisanku di dengari Farah, pasti dia terkejut melihatku menangis. Sehingga ke pagi aku menangis. Hilang sudah ketabahanku tadi, hatiku rasa terseksa. Walaupun aku yang melafazkan kata putus, tapi aku sedih kerana tidak dapat mempertahankan hubungan ini. Sayangnya....

Setahun kemudian...

Walaupun sudah setahun kami berpisah, namun kami masih berkawan. Teman sebilikku juga sudah bertukar. Natilie namanya. Orangnya cantik dan baik. Alim, pakai tudung labuh. Tapi satu yang membuatkan aku hormat padanya, sekiranya dia mahu menegur, tegurannya sangat halus dan tidak membuat kita terasa dengan tegurannya. Dulu, ada juga teman serumahku yang memakai tudung labuh, tapi tudung yang dilabuhkan itu tidak langsung menunjukkan personalitinya yang sebenar. Dahlah suka mengumpat, pengotor pula tu. Tapi dengan Natilie ni aku memang suka, tidak berpura-pura.

“Tia nak tahu tak, ustaz Natilie pernah cakap. kalau kita nak suami kita yang macam kita nak, kita tulis kat satu kertas. Kemudian kita simpan, jangan bagi orang baca. Cuma kita je yang tahu. Kita doa banyak-banyak semoga kita akan dapat lelaki yang kita impikan tu suatu hari nanti.”

”Oh, ye ke? Natilie pernah buat?” Aku bertanya.

“Pernah, lepas ustaz Natilie cakap je, balik tu terus Natilie buat. Tapi nak tahu tak, Natilie rasa macam bodoh je. Ada ke Natilie tulis nak suami yang pakai glasses. Konon dulu nampak smart tengok laki yang pakai glasses ni. Tapi bila dah besar ni, barulah Natilie terfikir, buat apalah nak laki yang pakai glasses juga. Dahlah Natilie ni pun pakai glasses, dua-dua pakai glasses. Habislah anak Natilie, mewarisi gen mak ayahnya yang rabun.”

Aku tergelak mendengar kata-kata Natilie, tak sangka salah satu permintaannya dulu adalah lelaki memakai glasses. Tapi yelah, budak-budak. Mana tahu berfikir sangat, tahu nak enjoy je. Tapi mungkin ada kebenaran atas kata-kata Natilie tadi kerana tunangnya sekarang juga memakai glasses. Kalau dah jodoh....

”Tia nak buat juga boleh tak?” Sengaja aku mengusiknya.

”Boleh, manalah tahu kot-kot Tia dapat lelaki yang impikan ke, manalah tauuuu..” Aku tersengih mendengar kata-katanya. Sejak putus cinta dengan Helmi, bukan tiada yang melamar aku menjadi kekasih mereka, ramai. Tapi hati aku sudah terlalu tawar dan aku sudah bernekad hanya menerima seorang lelaki yang betul-betul aku ingin kahwini sahaja Aku sudah tidak mahu berkasih-kasihan lagi. Tidak mahu pisang berbuah lebih dari sekali. Setiap kali ada insan yang cuba masuk line, aku tepis dengan halus, dan setiap kali itulah aku akan menceritakannya kepada Natilie. Natilie pernah bertanya, kenapa tidak mahu menerima mereka. Aku sendiri tidak tahu, mungkin belum terbuka hati agaknya. Sebab itulah Natilie menggalakkan aku mencuba tips yang diberi oleh ustaznya tadi. Lagi satu, prinsipku, aku tidak mahu bercinta dengan rakanku sendiri, rakan yang sudah lama aku kenal. Bukan apa, aku tidak mahu kehilangan mereka sekiranya terjadi sesuatu dalam perhubungan kami. Maksudku, jika kami putus atau bergaduh, aku tidak suka jika melibatkan orang lain. Yelah, jika kami bergaduh, mungkin dia akan menceritakan masalah kami kepada kawanku yang lain. Tak pasal-pasal mereka akan mengecopku yang bukan-bukan. Ish! Tak suka, tak suka.

Suatu hari, Natilie tiada di dalam bilik, mungkin berdiskusi agaknya. Tiba-tiba aku teringat apa yang dikatakan Natilie dahulu, cepat-cepat aku mengambil sehelai kertas.

Lelaki saya.....

• Baik: Sudah tentu.
• Tak panas baran: Bukan apa, aku ni udahlah panas baran, tambah seorang lagi panas baran. Haru rumahtangga aku nanti.
• Good looking: Aku tak adalah nak yang hensem, cuma aku nak yang mata aku sejuk mata memandang. Tak adalah setiap pagi kalau aku bangun, aku asyik terkejut sebab tengok muka laki aku macam gorilla berbulu lebat, hehe...
• Tak tamak harta: Aku tak suka yang suka ambil harta orang lain, bukan apa, harta boleh kumpul sendiri. Memanglah mula-mula tak ada apa-apa. Tapi bila kita berusaha sama-sama nanti lama-lamakan jadi bukit harta kita, kan..kan..
• Boleh jadi pemimpin: Risau kalau aku yang jadi pemimpin, herot habis.
• Beriman: Apakan daya, aku cuma insan yang lemah memerlukan pegangan dan bimbingan insan bergelar suami.
• Faham hati dan perasaan aku: Agar aku juga dapat memahami hatinya.
• Ada di saat aku memerlukan dirinya.
• Sayang padaku: Tak romantik tak apa janji aku tahu dia sayang aku.
• Tak kuat jeles: Sakit hati aku kalau jeles terlampau kuat ni. Psiko!
• Pendengar yang baik dan setia.
• Mempercayai aku: penting untuk perhubungan.
• Komunikasi yang baik: penting untuk hari tua.
• Bukan kasanova: Aku insan biasa yang tidak bisa menerima kenyataan bahawa aku akan dimadukan..tidakkkkkk!
• Patuh pada orang tua: ini penting maa..
• Keluarganya sayang padaku dan dapat menerimaku seadanya...dia juga...
• Pandai goreng ikan..Haha...aku allergik dengan perkataan goreng ikan.

Tammat

f.n: Kalau nak laki yang kaya n comel boleh tak?..hehe...(gatai)

Aku tergelak sendiri apabila membaca semula apa yang aku tulis tadi. Hehe..galak! Sempat plak tu buat footnote. Lantaklah, bukan ada siapa-siapa pun yang baca. Aku je pun. Aku menyelitkan kertas tesebut di salah satu buku notaku yang ku letak dia atas meja. Aku mengeliat di atas katil. Mmm..kalaulah boleh dapat macam apa yang aku nak, kan best. Tapi beranganlah kau Tia...hehe..

*****
Aku termenung di atas katil, terimbas kembali senario tadi. Senario di mana aku melihat Helmi dan Rina sedang bergelak-gelak di kafeteria, walaupun sudah setahun berlalu. Namun aku masih tidak mampu melihat mereka berdua-duaan di hadapanku. Sesak nafasku, walaupun aku sudah lama memaafkan Helmi dan mendoakannya bahagia tapi aku tak dapat menipu diriku sendiri. Seksanya rasa hati ni. Kenapalah aku diuji seperti ini. Aku mengeluh.

”Tia ni kenapa?” Terkejut aku apabila disergah Natilie. Pucat seketika wajahku.
”Natilie, terkejut Tia tahu.” Natilie tersengih, tahu kesalahan sendiri.
”Natilie, Tia rasa nak kahwinlah. Tapi Tia tak ada calon. Macam mana yek?” Tiba-tiba aku menyuarakan hasrat hatiku pada Natilie. Natilie tersenyum.

”Apa kata Tia baca Surah Yasin, ayat 36. Ayat tu untuk doa cepat jodoh. Tak salahkan kalau kita amalkan benda-benda baik ni.” Aku mengangkat kening.

”Betul ke?” Aku bertanyanya kembali.
“Betul, takkan Natilie nak tipu pula. Lagi satu, Surah Yusuf, ayat 4. Itu untuk doa pengasih. Semoga kalau kita baca ayat tu, orang yang melihat kita akan jatuh kasih pada kita. Elok juga untuk di amalkan. Ayat pengasih ni bukan untuk suruh lelaki jadi sayang pada kita tahu, ayat ni sebenarnya elok di amalkan sebab kalau orang tengok kita, sejuk je mata dia memandang. ”

”Ooo... ye ke, kejap,kejap, nak ambil pensil. Apa tadi?” Natilie mengulangi kata-katanya tadi sementara aku menulis. Siap aku menulis, aku melekatkan kertas tersebut di tempat memo yang aku buat sendiri. Aku tersenyum puas.

”Terima kasih Natilie, awak memang baik.”
“Tak apa, ilmukan lebih baik untuk disebarkan.” Aku menganggukkan kepala, setuju dengan kata-katanya. Sejak hari itu, hari-hari aku mengamalkan ayat tersebut. Memang beruntung aku mengenali Natilie, orangnya tidak lokek memberi ilmu yang di ketahui pada orang lain.

********
Di kampung

”Tia tahu tak Abang Tam beritahu umi dia nak bertunang tahun depan.” Adikku Tina memberitahuku gosip hangat.
“Ha? Biar betul?”
“Betul..Kak Tika yang beritahu Tina semalam.” Waaahh...Abang Tam nak kahwin. Seronoknya, dua tahun lepas abangku yang ketiga dan kakakku sudah melangsungkan perkahwinan. Adik beradikku memang ramai, 8 orang. Untuk mengurangkan kos, Umi dan Abi memutuskan untuk melangsungkan dua pasangan sekaligus. Lima tahun lepas, abang sulung dan kakakku yang kedua dilangsungkan bersama.
”Kak Tia dah ada calon ke?” Tina mengusik.
” Ish! Apa kena mengena dengan Kak Tia pula.”
”Akak tak tahu ke tradisi keluarga kita, sekali buat kenduri, dua sekali, tak paham-paham bahasa?” Tina tersengih-sengih. Mukaku pucat. Betul juga tu, macam mana aku boleh lupa.
”Haha..pucat!” Tina mengejekku lagi. Aku membaling bantal ke arahnya. Geram!
”Ish! Tina, macam mana ni, akak mana ada calon, bulu hidung calon pun akak tak ada.”
”Ha, tulah Kak Tia. Dulu Abang Helmi ada, akak buang dia buat apa.” Aku mencapai sebiji bantal lagi yang ada di sebelahku dan membaling ke arah Tina.
”Jangan sebut pasal budak tu lah mangkuk! Terbakar jantung aku ni tahu.” Sempat Tina mengelak balinganku dan mengekek-ngekek ketawa.
”Habislah akak, entah-entah nanti Umi dengan Abi carikan akak suami kot. Ha, apa kata akak pilih Leman gemuk tu jadi suami akak. Walaupun dia gemuk, tapi dia kaya wooo...solo lagi tu.”
”Tinaaaa...”Aku menjerit geram. Ada ke dia nak padankan aku dengan Leman gemuk tu, takut aku. Badan Leman tu dua kali ganda besar dari aku. Walaupun aku ni taklah kurus sangat tapi kategori kecillah juga. Karang ditindihnya, penyek aku..huhu...Ish! Simpang malaikat 44.

”Umi, macam mana nak goreng ikan keli ni umi. Asyik meletup je. Takutlah Tia.” Aku menjerit memanggil Umi, aku memang tak suka goreng ikan. Lagi-lagi yang jenis meletup-letup macam ikan keli ni, lagilah. Aku menutup mukaku dengan tudung saji. Takut mukaku terkena minyak panas.

”Ya Allah anak Umi ni, apa kenalah goreng ikan dengan tudung saji ni.” Umi menjerit melihat kelakuanku. Aku tersengih. Syiqa, anak saudaraku sudah tergelak-gelak.
”Hahaha..Kelakarlah Mak Teh ni.” Mak Teh merupakan panggilan untuk anak saudaraku padaku.

”Alaaa, Umi ni macam tak tahu. Tia ni lemah sikit kalau goreng ikan. Meletup, Umi tolong Tia ek. Melekat, takut nak terbalikkan.” Umi menggeleng-gelengkan kepala.
”Macam mana nak kahwin macam ni, goreng ikan pun tak lepas.”
”Ala Umi, kalau Tia dah kahwin, Tia suruhlah laki Tia goreng ikan, hikhikhik..”
”Ish! Kamu ni..” Tiba-tiba penyapu yang aku letak di tepi dinding terjatuh.
”Omak kau, hait..hait...” Syiqa tergelak berguling-guling. Apa tidaknya, aku siap bersilat lagi. Kuss semangat, aku ingat ikan goreng dalam kuali tu meletup lagi. Aku menjengilkan mataku kepada Syiqa, dia menyorok di belakang Umiku. Takut dicubit kerana menggelakkanku.

”Nah, Umi dah terbalikkan. Nanti kamu angkat, tak meletup dah.” Kata Umi seraya menyerahkan sudip kepadaku. Aku mengangguk.

”Pow!” Syiqa mencucuk pinggangku. Terlompat aku dibuatnya, terkejut!

”Syiqaaaaaaa!” Mencicit dia melarikan diri sambil ketawa berdekah-dekah. Umi juga ketawa melihat tingkahku. Penakut dengan minyak goreng ikan.

******
”Tia, kamu dah ada calon belum. Abang Tam kamu nak kahwin dah.” Opsss! Soalan cepumas tu dah keluar dah.

“Ala, Kat Tika..belum ada lagi, rilekslah. Tia ni belajar pun tak habis lagi.”
”Kamu perempuan, bukan kamu yang tanggung laki kamu, jadi apa kena mengena kamu belajar lagi ke tak.” Kak Tika ni, kalau aku ada calon memang lama dah aku setuju.
”Nantilah Kak Tika, Tia tak ada calon lagi. Kalau Tia tak ada, Kak Tika suruhlah Tina kahwin dulu, dia pun dah mengenyam tu. Asyik tukar pakwe je. Kahwinkan je, biar betul sikit otak mereng dia.” Tina yang memang berada di situ mencapai bantal dan terus membaling ke arahku. Kami ni memang suka main baling-baling bantal. Aku menjelirkan lidah kepadanya apabila bantal yang di balingnya tidak mengenaiku.

”Ala Kak, kahwinkan je dengan Leman tu. Memang serasi...macam lagu Nurul dengan Ajai tu.. Serasi..” Belum sempat dia menghabiskan lagu yang ingin didendangkannya tadi, aku terus membaling bantal. Tepat di mukanya. Hehe…
“Kak Tia!”
“Ish! Kamu ni, Tia. Main-main je. Umur dah berapa?”
”Baru 24, rileklah!”
“Akak tak tahu ye kalau Abi tanya pada Tia nanti. Pandailah kamu menjawab. Silap-silap Abi yang carikan calon untuk kamu.” Aku menelan air liur. Takutnyaaa...

Mujur sehingga aku pulang ke kolej, Abi tidak bertanyakan soalan cepumas tersebut. Ini bermakna aku masih di beri peluang untuk mencari pasanganku sendiri. Tapi mana aku nak cari lelaki yang nak kahwin dengan aku. Ada ke? Ish! Takkan nak pilih yang aku dah reject dulu. Malulah aku. Lagipun hati aku ni tak pernah berkocak bila dengan mereka. Macam mana aku nak kahwin dengan mereka. Tak nak..tak nak..apa pun, kalau Abi tanya, aku akan cakap aku tak bersedia lagi. Lagipun aku belajar lagi, berilah aku peluang bekerja dan pegang duit dulu. Ah! Abi mesti setuju punya. Boleh kow timlah dengan Abi.

*****
Di kolej

Bosannya malam ni, nak study tak ada mood. Nak buat apa ye, bosan tahap gaban ni. Aku menghidupkan laptop yang baru ku beli sebulan yang lalu.

”Yes, wireless ada, bukan senang ma nak ada wireless bilik aku ni. Chattinglah.
Aku memasuki chat room dan memasuki ruang Selangor. Mmm..malam ni ramai juga orang kat Selangor ni. Aku memilih nama yang rasa macam best dan mem’buzz’ mereka.

“Syot22”

Syot22: Hi! A/s/l pls
Kasperskycome: Hi! 24/f/selangor, you..
Syot22: 25/m/S. Alam
Kasperskycome: Oic….
Syot22: Kita borak pasal seks nak?

Eeeeee…gelinya, bengong punya orang. Tak ada benda lain ke nak diborakkan. Benci! Gersanglah tu..eekkk

Kasperskycome: Sorry, saya tak berminat. Cari orang lain ye.
Syot22: Ala..mula-mula tak minat, nanti lama-lama minatlah.

Tak faham bahasa betullah mamat ni, ingat aku tak bertamadun macam dia. Malaslah nak layan. Aku mencari orang lain.

”Bext_09”

Bext_09: Hi! Nak tengok saya bogel?

Aduh! Malam ni malam gersang sedunia ke apa. Malas layan lagi. Akhirnya aku membiarkan YM ku begitu sahaja kerana bosan, asyik menerima rakan chat yang tak senonoh.

Aku menyelak-nyelak buku di atas meja. Mencari isi-isi penting untuk dimuatkan ke dalam tugasan. Satu jam kemudian, aku mula terasa mengantuk. Aku melihat jam, mm...patutlah, dah nak pukul satu pagi. Tiba-tiba satu YM terpapar di skrin laptopku.

”Syedn_n”

Syedn_n: Hi!
Kasperskycome: Hi!
Syedn_n: Tak tidur lagi ke?
Kasperskycome: Belum…awak duduk mana?
Syedn_n: KL, awak?
Kasperskycome: Ooo…Saya duduk Selangor.
Syedn_n: Selangor di mana?
Kasperskycome: Kuala Selangor. Awak dah kerja ke?
Syedn_n: Yup, awak dah kerja ke?
Kasperskycome: Tak, saya study lagi.
Syedn_n: Umur awak berapa?
Kasperskycome: 24, awak?
Syedn_n: Sweetnya….
Kasperskycome: Apa yang sweet?
Syedn_n: Umur awak, hehe…
Kasperskycome: Umur awak berapa?
Syedn_n: 29..Awak study kat mana?
Kasperskycome: Kat kolej je…
Syedn_n: Awak dah ada special?
Kasperskycome: Tak ada, awak?
Syedn_n: Tak ada juga.
Kasperskycome: Betul ke?
Syedn_n: Betul…dulu ada tapi dah clash. Lepas ni kalau ada saya ajak kahwin je terus. Malas nak bercinta lama-lama.

Amboi, advance gila budak ni. Tapi samalah dengan prinsip aku. Malam itu kami berborak sehingga ke pagi. Tak tahu kenapa aku terlekat pula dengan budak ni. Dia pandai melayanku, sudahnya sampai ke pagi kami berchatting. Hilang sudah rasa mengantukku. Dia mengenalkan dirinya sebagai Mohd Fariz..wahh…lebih kurang nama anak Dr. Fazley, Fariedz yang dipanggil Payish..Sedap gak kalau panggil dia Payish.hehe..suka-suka je menukar nama orang. Sejak hari itu, aku memang memanggil namanya Payish. Kami mulai rapat dan saling berhubung tiap-tiap hari melalui YM. Kami juga pernah keluar bersama dan mula berkawan rapat.

Selepas sebulan berkawan, suatu hari Payish memberitahuku bahawa dia akan outstation ke Kedah selama empat hari. Aku sudah mula gelisah. Satu hari tidak berborak dengannya pun aku rasa lain, nikan pula empat hari, mak aih! Lamanya...Mesti rindu tak tertahan.

Selama dia di Kedah, dia jarang menghubungiku. Cuma aku sahaja yang rajin memberi mesej kepadanya walaupun dia tidak membalasnya. Aku mulai rasa kelainan. Rindu memanglah, rasa macam nak pecah dada ni menanggung seorang diri. Setelah empat hari dia di sana, aku menelefonnya.

“Awak dah balik KL ke?” aku bertanya.
“Inilah nak cerita, sebenarnya saya tak jadi balik hari ni, kawan-kawan saya ajak saya berjalan-jalan ke Danok.”
“Ha, Danok tu di mana?”
“Siam.” Dia menjawab pendek.
“Mak aih…habis tu bila nak balik sini?” Terkejut aku dibuatnya. Boleh pula dia pergi ke Siam. Aku kat sini dah separuh mati menahan rindu padanya.
”Esok saya balik, kalau kawan-kawan saya tak nak balik, saya balik sendiri naik bas.”
”Janji!”
”Janji...awak nak apa-apa tak? Saya nak masuk kedai beg tangan ni.”
“Tak nak apa-apa, saya cuma nak awak balik je.” Lirih suaraku.
“Awak nak saya balik je..Mmm..Esok saya balik tau. Oklah, saya nak letak ni. Miss u.” Ucapnya lalu meletakkan telefon. Waaa….tak balik lagi rupanya.

Esoknya aku cuba menghubunginya lagi tapi tidak diangkat. Aku mula risau. Kenapa dia tak nak angkat. Angkatlah! Angkatlah! Sudahnya, sampai ke petang panggilanku tidak di angkat. Hatiku mulai gelisah, kenapa dia senyap je ni. Janganlah buat orang macam ni. Hukhukhuk…

Malam itu aku berbaring di atas katil sambil merenung telefon bimbitku sehingga tidak sedar tertidur. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, aku menggosok-gosok mata melihat skrin telefon. Payish!

“Hello, Tia..Fariz ni.” Aku terdiam. Air mataku hampir mengalir mendengar suaranya.
“Tia…Hello..Tia…” Tanpa ku sedari air mataku mengalir laju. Terdengar esakanku sekali sekala.
“Tia…Hello, kenapa ni? Ish, janganlah macam ni. Kenapa menangis ni?” Fariz bertanya kerisauan.
”Payish jahat, kenapa buat Tia macam ni, Tia risau tahu tak.” Kataku di selangi sedu sedan.
”Laaa...Fariz saja nak buat suprise, Fariz ada kat bawah kolej Tia ni.”
”Ha??? Payish ada kat bawah?”
”Ye, cepat turun. Fariz tunggu ok.” Aku mengesat air mata yang masih bersisa di pipi. Kelam kabut aku bersiap dan terus turun ke bawah.

”Payish!!!” Aku mendapatkannya sambil mencekak pinggang. Awal-awal lagi dia sudah tergelak dengan tingkahku.
“Tak baik buat Tia macam ni tau! Tia ni macam lembu hilang anak dah.” Fariz tersengih nakal.
“Baru lembu, hehe..sayang juga Tia kat Fariz ye.” Merah pipiku menahan malu.
”Ala...merah dah muka dia. Ni buat Fariz tak lena tidur malam ni.” Aku menumbuk dadanya, manja.. malu diperlakukan begitu. Fariz mengaduh kecil.
“Saya datang ni sebab nak bagi awak barang-barang ni, nah!” Mak aih, punyalah banyak barang-barang yang di beli dari Kedah dan Siam untukku.
“Banyaknya awak.” Fariz tersengih-sengih.
“Saya nampak barang je, mesti saya teringatkan awak. Tak sedar rupanya banyak gila barang yang saya beli untuk awak.”
“Payish! Payish! Kenapalah awak membazir. Ish!Ish!”
“Ala, untuk awak, apa salahnya.” Dia merenungku manja. Aku tersenyum simpul.
”Kenapa Payish pandang Tia macam tu.” Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Awak seorang je panggil saya Payish. Rasa macam lain je tapi saya suka.”

Malam itu, kami berdating sehingga saat-saat terakhir pagar ditutup, barulah aku masuk ke kawasan kolej. Alaa...tak puas lagi nak tengok muka dia. Huhu...Malam itu, selepas Fariz sampai di rumah, kami berborak melalui YM. Namun, topik yang dibualkan berlainan dari malam-malam biasa. Dan, dia juga sudah membahasakan dirinya sebagai Payish, hehe..pengaruh kuat maa...Malam itu, Fariz seolah-olah mengajakku kahwin. Waa...pucuk di cita ulam mendatang. Aku mengangguk-angguk tanda setuju di depan laptop, tapi sebaliknya yang aku tulis di YM. Aku mengatakan bahawa aku masih belajar dan tidak cukup duit untuk berkahwin. Aku menyuruhnya memberi tempoh 3 tahun untuk aku menyelesaikan semua perkara dan untuk aku mengumpul duit. Dia terdiam tetapi aku tidak tahu samada dia bersetuju dengan cadanganku atau tidak.

******

Harijadi Tia-(3 bulan kemudian)

Hari ni harijadi aku, tapi kenapa Fariz tak wish apa-apa pun. Dahlah senyap je. Nak kata aku tak beritahu hari ni harijadi aku, seminggu lepas aku dah siap announcement dah. Siap suruh buat reminder lagi. Hukhukhuk.....

Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Panggilan dari Kak Tika.

”Assalamualaikum, Tia.”
”Waalaikumsalam, kenapa Kak Tika?” Aku pelik. Selalunya kalau tiada apa-apa, jarang Kak Tika menelefonku.
”Ni ha nak beritahu, keluarga Fariz datang tadi. Mereka datang nak merisik Tia, so macam mana?”
Ha!!!! Keluarga dia datang merisik aku, kenapa aku tak tahu pun?
”Biar betul Kak?”
”Ish, apa pulak nak main-mainnya. Ni ha, ada kat luar tu.” Jantungku berdegup kencang mendengar kata-kata kakakku.
”Kejap Kak Tika, nanti Tia telefon akak balik.” Aku mula mendail nombor Fariz tapi tidak berangkat. Aku jadi tak senang duduk. Berpuluh-puluh sms aku kirimkan tapi tidak berbalas. Aku mula berpeluh. Terngiang-ngiang kata-kata Fariz dua bulan yang lepas sewaktu dia bertanyakan tarikh harijadiku.

”Harijadi Tia bila?”
”Lama lagi, bulan Ogos, kenapa?”
”Mmm..tak ada apa-apa.”
”Ha, nak belikan Tia kek ye?”
”Haah, nak bawak kek special, kek atas dulang.”

Sangkaku kata-katanya dahulu hanya gurauan. Tak sangka dia betul-betul mengotakan kata-katanya. Telefonku tiba-tiba berdering kembali. Abi!

”Assalamualaikum Tia, Abi ni.”
”Waalaikumsalam, ye Abi?”
”Ni, keluarga Fariz bertanyakan Tia ni. Tia setuju tak?” Aku menelan air liur basiku. Tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk diberi.
”Ikut Abi lah, Tia ikut je.” Takkan aku nak jawab aku setuju direct, karang tahulah Abi yang aku memang menggatal nak berlaki. Hehe...
”Ish, apa pulak ikut Abi, Tia yang nak kahwin.” Abi tergelak kecil mendengar jawapanku. Alamak, lemahnya. Macam mana ni.
”Tia setuju je kalau Abi setuju.” Akhirnya....
”Kalau macam tu, Abi terus cakap setuju je lah ye dengan keluarga Fariz. Tak payah Abi minta tempoh-tempoh.” Selepas Abi memberi salam, aku terus meletakkan telefon. Seperti tidak percaya bahawa diriku telah dirisik. Fariz ni memang nak kena. Suka buat kejutan, nasib baik aku tak ada sakit jantung.
Telefon bimbitku berbunyi lagi, aku melihat nama di skrin. Bulat mataku!

”Payish!!!” Terdengar Fariz tergelak-gelak di corong telefon. Aku memarahinya kerana membuat keputusan tanpa memberitahuku namun dia memberi penjelasan yang membuatkan aku tidak jadi marah padanya.

”Thanks sayang sebab tak tolak lamaran Payish.” Merah mukaku di panggil sayang. Mujur dia tiada di depanku, kalau tidak mesti Fariz akan menarik hidungku jika melihat mukaku memerah. Sengaja mengusik. Aku tersenyum, rasa bahagia mula menyelinap di seluruh sanubariku.

Andai ini jodohku, aku terima dengan hati yang terbuka. Majlis pertunangan diadakan 2 minggu kemudian diikuti majlis pernikahan seminggu kemudian. Agak kelam kabut jugalah persiapan yang aku lakukan. Mujur hanya majlis pernikahan sahaja akan berlangsung manakala majlis bersanding akan diadakan bersama-sama abangku lima bulan lagi. Namun persediaan awal Fariz sedikit sebanyak mengurangkan peningku untuk menyediakan barang-barang hantaran. Semua barang-barangku sudah dibelikan lebih awal bersama barangannya. Untuk majlis pertunangan, semua di tanggung Fariz. Rupa-rupanya Fariz telah merancang terlebih dahulu semua perancangannya. Mujur juga dia bijak mengatur strategi...


Aku menyidai tuala basah yang aku gunakan tadi di tempat penyidai. Aku melihat Fariz khusyuk membaca sesuatu sambil tersengih-sengih sendiri. Aku pelik.

”Payish baca apa tu, kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk.” Fariz tergamam melihat kemunculanku yang tiba-tiba. Cepat-cepat dia menyorokkan buku yang di pegangnya tadi ke belakang. Tapi mataku sempat melihat cover buku yang dipegangnya tadi. Mataku terbeliak.

”Payish! Bagi balik buku Tia tu.” Aku rasa mukaku sudah bertukar warna pink sekarang. Mana tidaknya, buku tu ada kertas tentang ’lelaki saya’ yang gatal aku tulis dahulu. Fariz mengelak dariku supaya aku tidak dapat mengambil buku yang dipegangnya tadi sambil tergelak-gelak.

”Payish...” Aku sudah putus asa. Aku memandangnya dengan muncung yang panjang. Malunya yang amat, kenapalah aku tak buang dulu kertas tu. Pelupa betullah!

”Tak nak bagi tak apalah!” Aku menghentakkan kaki dan berura-ura mahu keluar. Fariz menarik tanganku semula dan memelukku. Gelaknya masih bersisa. Aku cuba menolaknya dari terus memelukku namun pelukannya makin kejap sehingga aku hampir tidak dapat bernafas. Tetapi dia masih lagi tidak menghabiskan gelaknya. Malunyaa akuu.... Aku memukul dadanya.

”Janganlah gelak lagi, malu!” Aku menyorokkan mukaku di sebalik dadanya yang bidang.

”Ok!Ok! Payish tak gelak lagi..hehe..”
“Tu gelak lagi!” Aku mencubit perutnya.
“Ouch! Ganaslah isteri Payish ni.”
“Padan muka, siapa suruh baca hak milik orang lain.”
”Tak sengaja, kertas tu terjatuh dari buku ni masa Payish alihkan, Payish baca jelah, tak sangka isinya menarik, lagi-lagi permintaan yang terakhir tu.” Aku menutup mukaku. Kali ni memang aku malu tahap gaban. Fariz menarik tangan yang menutupi mukaku tadi.
”Tapi muka Payish tak macam muka gorillakan?” Fariz tersengih. Aku menggigit bibirku, tak tahu mana nak letak muka dah. Mukaku memang dah jadi merah padam. Ish! Kenapalah aku lupa!
”Tapi, segala permintaan Tia insyaallah Payish akan tunaikan.” Aku memandangnya.
”Betul ke?” Aku bertanyakannya kembali. Dia mengangguk. Aku tersenyum.
”Dengan satu syarat!” Aku mengangkat keningku.
”Tukar nama Payish jadi abang ek, tak naklah panggil Payish lagi.” Aku tersenyum lega, takut dia meminta yang bukan-bukan.
”Ok!Pa..Bang” Tergagap-gagap percubaan pertamaku.
”Abang, bukan pabang.” Fariz membetulkan perkataanku. Aku tersengih.
”Baikkkk.....tapikan, Tia tak ingat dah apa Tia tulis. Apa permintaan Tia sebenarnya ye?” Aku mengambil bukuku dari tangannya dan membaca helaian kertas yang dibacanya tadi. Sudahnya aku sendiri tergelak membaca tulisanku sendiri, ada yang tak masuk akal.
”Ala, rugi tak tulis banyak-banyak.” Tiba-tiba Fariz memelukku dari belakang. Aku tergamam.
“Wanginya isteri abang ni, baru lepas mandi ye.” Aku terkaku, masih tidak biasa di peluknya.
“Hehe…Abang, jom turun. Tadi Umi panggil makan.” Fariz mengambil buku dari tanganku dan meletakkan di tepi meja solek. Aku berdebar-debar. Takut pun ada sebenarnya. Aku membiarkan sahaja perlakuannya. Tangannya merayap dan mencapai jemariku Tiba-tiba dia berkata...
”Jom makan, abang pun lapar dah ni.” Haha...bikin aku suspend aje. Aku dah fikir lain dah tadi. Nasib baik aku tak lebih-lebih. Kihkihkih...

Memang benar apa yang tuhan janjikan. Setiap musibah yang berlaku itu ada hikmahnya. Kalau aku tidak putus dengan Helmi dahulu, mustahil aku akan akan bertemu Fariz dan tidak mungkin aku berpeluang sehidup semati dengannya. Rahmat Allah itu terlalu besar. Aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang walaupun perkenalan kami hanya beberapa bulan sahaja sahaja.

” Kalau dah jodoh tak ke mana, kan yang..” Sempat Fariz membisikkan kata-kata tersebut sebelum kami keluar dari bilik. Aku tersenyum simpul sambil mengangguk. Memang, kalau dah jodoh tak ke mana....

Friday, April 3, 2009

dapat hadiah..ye ye..


Assalamualaikum.. Anda adalah pemenang untuk penulis pilihan pembaca bulan Februari.. Sila bagi Nama, Alamat, No Phone untuk kami hantar Hadiah sebuah novel. Tajaan syarikat Kaki Novel Enterprise.

untuk melihat senarai penulis pilihan pembaca.. http://www.penulisan2u.net/penulis/pilihan.html



~~huhu..xsangka Suri boleh dapat hadiah untuk cerpen Suri yang kedua, 'Kalau dah jodoh tak ke mana,kan yang'..bangganya..kembang hidung Suri xmau kempis2 dah..haha..Seronok sangat..Tak pernah sangka boleh sampai dapat hadiah, apa yang Suri fikir, Suri just nak share cerpen yang buat dengan kengkawan kat luar tu..thanks ya... sebab undi cerpen Suri. Sebenarnya cerpen ni adalah kena mengena sikit dengan hidup Suri tapi taklah semua..Hehe..kehidupan tak seindah yang dibayangkan..betul tak? Suri cuma mampu berdoa dan tak semua apa yang Suri inginkan Suri dapat, adatlah tu..Tapi Suri tetap sayangkan Payish..huhu..Macam Tia sayangkan Payish..Suri lebih lagi..Rindunya kat si dia..